Penawar Resdung Paling Berkesan

Assalam.

Bismillah..

Penat tau tengok orang yang ada resdung nih. Macam abang ipar saya la. Pagi pagi mesti bersin banyak kali. Lepas tu, orang yang resdung nih mesti kena pantang macam macam kan? Kalau macam en suami dia ada resdung tapi tak la teruk mana. Seafood memang tak makan sebab berjaga jaga. Takut nanti naik gatal dekat muka. Hmm.. Hilang dah satu nikmat disitu.



Antara tanda tanda resdung yang dapat dilihat ialah
  • Gatal-gatal pada hidung, mata dan telinga terutama bila memakan ayam, seafddo dan sambal belacan
  • Bersin bila terkena habuk.
  • Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau, gatal kulit dan keputihan.
Biasa kesan resdung ni macam hilang deria bau, jadi pelupa dan lubang hidung jadi bengkak dan tersumbat. Fuuhh.. Sengsara kejap.

Sebab tu juga saya nak share ubat resdung paling berkesan. Ubat nih sudah diwarisi oleh pengamal perubatan islam selamat 40 tahun. Jadi ianya warisan turun temurun la, memang ramai yang guna. So tak perlu ragu ragu lagi. Memang penawar resdung paling mujarab orang kata.



Cara makan ubat ini ialah hanya makan sebiji waktu pagi dan sebiji waktu malam. Cara lain nak makan ubat ini ialah, buka kapsul dan masukkan ke dalam segelas air kosong. Kemudian selawat dan terus minum. Insyaa Allah, asbab ubat resdung ini ianya mampu merawat resdung korang semua.

Antara kelebihan penawar resdung paling mujarab ini ialah 
  1. Tidak perlu membuat rawatan resdung sehingga mengeluarkan kos yang tinggi.
  2. Tidak perlu buang masa dengan memakai atau membeli banyak produk.
  3. Tidak perlu mengeluarkan lendir resdung atau sinus.
  4. Tidak perlu membuat Aroma Terapi atau menggunakan rokok resdung
  5. Tidak erlu guna lintah hidup untuk merawat resdung
  6. Jika tidak berkesan duit anda akan dikembalikan segera. 
Jom kita lihat antara testimoni ubat redung mujarab ini . 






Alhamdulillah. Asbab ubat ini dapat mmembantu orang yang mempunyai masalah resdung.
So kalau sesiapa yang berminat nak order tu, boleh hubungi Puan Aisyah di talin 013 987 1616.
Untuk ketarangan lanjut, boleh KLIK DI SINI



Thai Food Festival Di Tesco Semenyih

Assalam semua.


Berita baik nih. Thai food festival akan diadakan di Tesco Semenyih..  Kita lupakan diet seketika.. haha

LOKASI : TESCO SEMENYIH, SELANGOR

TARIKH : 28 JAN - 4 FEB 2017 
MASA : 11.00 pagi - 12 malam



Insyaa Allah. Saya nak pergi dengan family. Sebelum ni macam jauh sikit so ni dah dekat. Kita tak sabar nak pergi.

Bukan makan makan sahaja, ada jualan pecah kontena taw. Mereka juga buat "Happy Hour"  selama 5 JAM pelbagai barangan. 



MASA : 5.00 Petang - 10.00 Malam
TARIKH : 27 Jan 2017 | Jumaat
TEMPAT : PARKING TESCO SEMENYIH , SELANGOR



Apa yang menarik : 
  • Barangan Elektrik bermula RM10
  • Barangan dapur
  • Bantal bermula RM3, Carpet, Tilam, Pinggan Mangkuk
  • Beg berkualiti - Semua harga rm30 (Harga Biasa RM50-RM80)
  • Beg sekolah, beg travel, handbeg, Beg berjenama
  • Baju Gred AAA - semua RM10
  • Seluar Kain Pelikat - RM10

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia

Assalam.


Pada 16 Januari 2016, telah berlangsung majlis pelancaran GT Dollar Malaysia yang bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Pelancaran ini juga disaksikan oleh pegawai pegawai kerajaan yang terkenal serta 3000 pemimpin daripada industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem Fintech dinamik, membuka jalan untuk inovasi SMART seperti Gt Dollar dan menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor Fintech.


Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan GT Dolar membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran.  



Fungsi Utama GT Dollar

Fokus GT Dollar ini adalah untuk mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar sekeliling kita dan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui sistem E-wallet yang membolehkan carian yang luas untuk produk ataupon perkhidmatan melalui pasaran.

GT Dollar ini membolehkan PKS untuk berfungsi hampir. Ia menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS- lancar dan platform tempahan user-friendly.

Kelebihan GT Dollar ini adalah menjimatkan masa dan wang, tiada yuran pendaftaran, tiada yuran keahlian, dan paling menarik, PERCUMA RM 300.00 apabila mula mengakses apilikasi ini.

Produk lain yang diperkenalkan oleh GT Group:


1. GT Mobile 
  • Telah menghasilkan beberapa siri telefon pintar antaranya GT 888, GT 886 DAN GT 883



2. GT Smartwatch 
  • Ianya dilengkapi dengan beberapa teknologi iaitu Google/Apple Maps, perbualan dua hala, penguat suara, kalis air, membantu mengesan lokasi si pemakai, memberi amaran sekiranya anak-anak memasuki kawasan atau zon bahaya, terdapat butang bantuan kecemasan, boleh menyimpan nombor telefon sehingga 5 nombor, boleh merakam dan mendengar perbualan sehingga 2 nombor teleon dan dilengkapi bateri yang boleh dicas.


3. GT Wonder Boy
  • Robot yang dibangunkan seperti manusia yang mempunyai kecerdasan, emosi dan kebijaksanaan. Robot ini mampu menjadi pembantu peribadi, boleh berbual, jadi jurukamera, tenaga pengajar, boleh menyanyi dan menari, boleh menjadi pelayan pelanggan dan boleh bercakap dalam perbagai bahasa. 


Apa yang pengguna perlu lakukan hanyalah muat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store dan IOS dan secara automatik pengguna akan mendapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar pengguna boleh mendapatkan pengurangan harga dan diskaun bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian. 

Untuk keterangan lebih lanjut, korang semua boleh layari di https://www.gtdollar.com/



Resepi Mee Lidi Yang Sedap

Assalam.

Dah lama masak mee nih, tapi baru sekarang terlintas nak share resepi. hihi. Dulu masa kecik kecik saya tak suka sangat makan mee nih. Lagi suka mee kuning yang biasa tu. Tapi bila duduk kat Selangor nih, teringin pulak nak makan makanan masa waktu kecik. Gedik betul. hihi.. Dah try cari kat Tesco tapi tak jumpa. So dekat kampung haritu try la masak nak suruh en suami rasa. Dia tak pernah makan mee lidi sebelum ni sebab tak pernah jumpa kan. Erm, bila dah try.. hambik nak.. Tak cukup pulak masak sebungkus.. haha.. Makanya besok pergi ke Endau beli stock banyak banyak.. haha.



Inilah mee nyer.. Sedap tau. Goreng basah.. hihi.. Kawan yang tinggal kat pekan panggil ni mee batang.. Erm. macam macam nama kot yang pasti memang sedap.. hihi. Okay, jom tengok resepi di bawah.

Bahan Bahan

Sebungkus Mee Lidi - Direbus
Cili kering - Dikisar
Bawang besar 1 biji - Dikisar
Bawang putih 2 ulas -Dikisar
Ayam - Potong kecil
Sayur
Gula 
Kicap
Sos tiram
Sos cili

Cara Memasak

Rebus mee lidi ini kemudian tos kan airnya.. Tak perlu rebus lama sangat. Bila dah okay jer terus angkat.



Kemudian tumiskan cili kering, bawang besar dan bawang putih hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan juga ayam. Kalau nak letak udang sotong pon boleh. sedap juga. Pastu masukkan gula sikit. saya tak letak garam tau sebab kicap pon dah rasa masin dah. Sebab saya suka makan mee yang gelap skit rupanya.. huhu

Bila dah masak semua tu masukkan mee dan juga sayur. Nak lagi sedap letak daun kucai. Lepas tu masak la sehingga rata. Dah boleh hidang.. Sekejap  jer kan.



Inilah rupa mee lidi nih.. huhu.. Nanti nak balik kampung nak pergi borong lagi.

Sushi King Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Hidangan Doubly Fresh Doubly Joyous

Assalam.

Sebut pasal Chinese New Year ni, mesti kita biasa dengar makanan Yee Sang kan? So hari ni saya nak kongsikan kemeriahan dan kelazatan  Yee Sang kepada semua. Ini kali pertama saya cuba Yee Sang di Sushi King. Kalau korang semua nak tau, bersempena dengan perayaan ini, Sushi King telah menyediakan hidangan "Prosperity Yee Sang" dan hidangan istimewa lain yang menarik. Boleh nikmati hidangan ekslusif ini bermula sekarang hingga 28 Februari disamping berpeluang untuk menerima hadiah yang lumayan.


Yee Sang ini rasanya sangat sedap kerana bahan bahan yang digunakan adalah daripada bahan yang segar. Antara bahannya ialah sayuran segar, hirisan telur, jelly fish yang diperap, ikan salmon yang di import khas daripada Norway, mini octopus, frozen crab stick , crunchy tempura flake dan dihidangkan bersama sos istimewa iaitu sos plum dan juga wasabi. Dan jangan lupa letakkan sedikit perahan limau. Rasanya sangat awesome. 



Selain daripada "Prosperity Yee Sang" Sushi King ini juga menghidangkan menu istimewa iaitu Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi, dan juga Fried Salmon Sushi. Selain itu, terdapat juga menu istimewa yang lain iaitu, Salmon Don, Ontama Salmon Don dan juga Seafood Bento. Kalau korang semua penggemar salmon, korang patut try menu ini sebab rasanya yang fresh dan sedap. Husband saya makan Ontama Salmon Don. Saya dapat rasa sikit je sebab dah kenyang makan Yee Sang dan bento. hihi.. Di situ juga menyediakan kicap masin dan manis. So, kalau korang nak tambah lagi perisa, boleh campurkan mengikut selera masing masing. 


Semua hidangan ini memang mampu mengenyangkan korang. Kegemaran saya adalah Seafood Bento sebab dapat rasa udang dan sotong yang fresh, kacang panjang yang dicelup tempura, closlaw. dan salmon. Kitorang makan sushi ni waktu dinner so sangat mengenyangkan. Nasib kami minum hot green tea. So tak ada lah rasa macam mengah sangat dan boleh la makan lebih lagi.. hihi.


Berita baik bagi korang semua. Sesiapa yang menikmati hidangan berharga RM 68.00 ke atas, korang semua berpeluang untuk memenangi set ekslusif Sushi King Daruma Ang Pows dan juga tiket trip ke Tokyo. Menarik kan? hihi. Mana tau lepas ni berpeluang makan sushi di Jepun. hihi.

Okay kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari www.facebook.com/sushikingasia. Kami semua memang enjoy makan di sini. Terima kasih Sushi King.


Cara Menghilangkan Jeragat

Assalam.

Hai semua.. Bila scrol facebook jer mesti nampak macam macam iklan nak cantikkan muka kan? Hmm.. Saya pon salah seorang daripadanya. Muka tak adalah banyak  masalah pon. satu jer masalah nyer, bambam terlebih.. hihi. Sebenarnya, banyak je petua untuk cantikkan muka nih. Harini nak share bagaimana nak hilangkan jeragat secara semula jadi. Kira macam petua nak hilangkan jeragat la.. huhu.

Okay. Yang pertama boleh cuba menggunakan bawang merah.
Potong sebiji bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jaragat 2x sehari. Amalkan sehingga jaragat pudar.


Yang kedua ialah madu. Madu boleh hilangkan jeragat dengan cara  panaskan sebentar dengan microwave. Sapukan pada kawasan yang berjaragat beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jeragat mula pudar.


Lemon dan madu boleh hilangkan jeragat. Haa. Ni tips yang ketiga. Sapukan jus lemon + madu pada kulit dan jadikan sebagai masker. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil kulit yang lebih segar dan cerah.

Amacam rajin tak nak buat ni semua? Kalau buat secara konsisten. Insyaa Allah.. Akan berhasil. Tapi semua ni ikut atas keadaan kulit masing masing. 




Bila Bos Tak Nak Balik

Assalam,


Bismillah,. Hmmm.. apa korang buat apabila bos dekat sebelah?

Waktu kerja dah tamat nih. Iolz pon nak balik masak kat rumah. Nak COD perfume lagi.

huwargghhh.. nak balik!!



Resepi Mudah Macaroni Aglio Olio

Assalam.

Bismillah.. Pepagi lagi dah pening tak tau nak masak apa kan? So bila tengok peti macam ada bahan bahan lebih buat cabonara.. Maka terjadi la resepi ini.. huhu. Resepi ni saya main campak campak jer tau.. Main agak agak jer.. Okay. Jom layan resepi.


Bahan bahan

  1. Macaroni ( rebus)
  2. Bawang putih ( cincang )
  3. Cili kering ( hiris halus)
  4. Lada hitam
  5. Butter
  6. Cendawan butang
  7. Sosej
  8. Cheese
  9. Ayam cincang
  10. Susu segar
  11. Oregano

Cara memasak

Mula mula panaskan butter kemudian tumiskan bawang putih, Goreng sehingga garing dan masukkan ayam cincang.. Ni optional tau nak masukkan daging cincang boleh, udang pon boleh. Okay, lepas dah garing tu masukkan lada hitam, cili kering, cendawan dan juga sosej .. Tumis seketika kemudian masukkan macaroni. Cili kering dan lada hitam tu terpulang la nak bubuh banyak mana. Ikut atas selera masing masing. Saya suka pedas so saya letak banyak.. Kemudian masukkan sekeping cheese dan secawan susu segar.. Masak sehingga kering. Last sekali tabur oregano kat atas.. Siap. Eh, garam jangan lupa letak pulak. Nanti tawar pulak.. hoho

Hihi.. simple tak? saya memang pakai masak jer.. Asal boleh jer orang kata.. Alhamdulillah.. Rasa sedap jer.. Susu segar saya tak ada so saya pakai susu dutch lady anak saya.. huhu.. buat secawan lepas tu letak la.. Kat dapur ni kalau tak cukup bahan, sila be creative. Guna apa yang ada =)

Sedap Pulak Origina Jus dan Chocojoy Chocolate Milk Ni

Assalam.

Bismillah. Jemput minum semua.. Hihi.. Ni ha nak cerita pasal air Origina Jus nih.. Hari tu dah minum semasa Maha 2016. En suami bawak balik. Sedap weh air ni. Macam macam jenis pulak tu. 


Best ke air Origina Jus nih? Bagi saya sedap sebab ianya fresh dan kurang manis. Sesuai untuk sesiapa yang tengah diet, macam saya.. hoho

Actualy air ni banyak perisa. Antaranya Origina Jus Epal, Blackcurrent, Delima, Black Tea dan Green tea.. So far saya suka Black Tea sebab dia ade lemon sekali.. So ada rasa masam masam sikit.  Untuk jus buah buahan ni dia ada 2 jenis packaging. Yang kecik RM 1, yang besar RM 2.49.


Selain dari jus buah buahan, dia ada perisa coklat juga tau.. Erm, nama dia Chocojoy Chocolate Milk.. Uishh.. Rasa dia memang sedap. Dia tak muak. Perisa ni ada yang saiz besar jer.. Harga dia dalam RM 2.69. Budak budak pon mesti suka air nih.

Boleh dapatkan air ni dekat Pasaraya Matahari yang terletak di USJ City Mall dan di AEON seluruh negara ( stor terpilih sahaja)


Kalau nak maklumat lanjut, boleh pergi kat facebook dan laman web diorang. Nanti kita boleh tengok la update terkini.. Mungkin akan diberitahu dimana lokasi baru untuk dapatkan jus ni ker.
Laman Web Origina Jus

Nak jana pendapatan pon boleh dengan Origina Jus nih.. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi 03- 5519 5700..



Supplement : Bahaya Atau Tidak

Assalam.

Hari nak share tentang supplement la sebab saya juga pernah menjual supplement untuk wanita. Since banyak produk di luar sana yang boleh putihkan kulit muka dengan cepat, boleh hilangkan masalah dalaman wanita, boleh hamil, boleh itu boleh ini dan macam macam lagi.

Okay sebagai contoh supplement untuk putihkan badan. Ramai sekarang ni yang ingin putihkan lagi tona kulit walaupon kulit dah putih melepak. Mungkin kalau boleh nak nampak lagi putih gebu gebas macam tu.

Pernah atau tak kita makan satu produk x ni. kemudian tidak berhasil. Lalu jari jemari runcing ini pantas meng google produk untuk putihkan kulit. Padahal baru sebulan makan tu. Macam tak ada feedback pon. Lalu terus cuba yang lain.

Sekadar gambar hiasan

Hmm.. Bagi yang jenis nak putih cepat nih. Awak semua ikut arahan yang diberikan tak? Sebagai contoh, kena minum air masak sekurang kurang nya 3 liter sehari.. Kemudian kena istiqamah la minum produk tu. Tak boleh skip skip.

Sebenarnya, setiap produk berbeza tindak balas nyer.. Ada yang dapat feedback dengan cepat. Ada yang berbotol botol, baru dapat kesan dia.. Nak tau tak tips selamat untuk makan supplement?

Okay. saya pernah dengar dan ingat sampai sekarang tips nih.. Cara mudah untuk mengelakkan penyakit selepas mengamalkan supplement ialah berikan gap kepada badan korang.

Maksud dia, jika korang nak putih kan badan, anda guna produk x ini. Kemudian tidak berhasil. Stop makan ataupon minum sebarang supplement selama 3 bulan. Bagi neutralkan balik dalam badan tu.. Kerapkan minum air masak. Kemudian baru la makan supplement baru.

Lagi satu, jangan makan pelbagai produk dalam satu masa. Sebab kita tak tahu kandungan ubat dan tindak balas macam mana kan? sebab tu ade kes kematian selepas menggunakan produk produk nih.. Bukan salah produk tapi salah kita. Macam mana kita amalkan produk tersebut. 

Dan apa yang penting ialah, kenapa anda nak gunakan produk itu? Kalau memang niat dihati nak bagi orang puji cantik kebabom, nak orang cemburu dengan kita, nak pikat laki orang, nak itu nak ini. Baik pendam jer hasrat itu sebab tak akan terjadi. Unless untuk kebahagian rumah tangga tak apa. Nak cantik depan husband. Nak bagi terbaik untuk dia.. Tapi kalau mengharapkan pujian melambung dari orang luar, dan kemudian timbul perasaan riak. Baik jangan. Bukan apa. Takut nanti Allah bagi "lebih" pula.

Take note yer penggemar supplement semua. Makan yang sesuai sahaja dan ikut keperluan sahaja.


Allah dah cipta kita dengan sempurna. 





Tips Elak Pasangan Suami Isteri Bergaduh

Assalam.


Tips ni saya dapat masa study dekat Uitm Puncak Perdana. Waktu tu last semester so lecturer pon okay jer nak cerita tips tips rumah tangga.. hihi.. Saya ingat lagi nama lecturer tu. Kitorang panggil dia En Azman. Sempoi lecturer ni, kalau follow task dia memang best belajar. hihi.. Markah pon best jer.. hik3.



Okay berbalik pada tips cara untuk mengelakkan pasangan bergaduh. Cara dia mudah sahaja tapi tak ramai yang ada rezeki macam ni. Cara nya ialah 

" Anda semua kena mempunyai anak yang ramai"

Fuuhh.. Kitorang dengar masa tu rasa macam nak gelak jer.. Ingatkan apa la. Rupanya itu tips dia.. Hahaha.. Dengan alasan, kalau korang semua mempunyai anak yang ramai, korang memang tak sempat  nak gaduh laki bini sebab dok handle anak anak.. hihi.

Kami student yang baik ni pergi la stalker FB lecturer kitorang tu. And yes, memang anak dia ramai dan rasanya umur mereka selang setahun macam tu kot sebab tak ada beza. Berderet macam tu.. hihi.. Mungkin betul apa yang lecturer saya cakap sebab bila anak ramai, kehendak masing masing berbeza. Ada nak tu, nak yang ni. Makanya suami isteri ni memang tak sempat nak bergaduh. Leraikan pergaduhan anak mungkin.. hihi.

Alhamdulillah.. Rezeki anak ramai ni memang murah.. Kena banyak bersabar la bila anak ramai ni kan? hihi. 

Kalau korang  ada tips lain tak? 


Apa Yang Anda Buat Apabila Pasangan Curang?

Assalam.

Scary tak baca tajuk tu? Hmm.. Actually saya pernah jer melalui fasa ni. Tu pengalaman lalu la. Zaman bercinta dulu. Pasangan pernah curang dan keputusan saya memang muktamad.  Dah curang, tiada maaf bagimu.. haha.. Buat apa nak sayang dekat orang yang tak sayang dekat kita kan? Sekarang alhamdulillah. Suami sangat setia walaupon saya tau kawan perempuan dia lagi banyak daripada kawan lelaki. Memang dari zaman sekolah lagi. But, as long as dia tahu status dia sebagai suami orang, itu cukup la.


Cukuplah mukadimah tu.. hihi.. Sebenarnya ni nak cerita pasal kenalan baru. Kami jumpa masa di kelas perniagaan. Waktu tu tengah rehat jap, So saya yang kepochi ni ajak la kawan sebelah menyembang. Dia datang dengan husband dia. Tapi waktu tu husband dia pergi tandas jap.

Saya borak borak la dengan dia. Saya panggil dia akak jer la.  Jual apa, tinggal kat mana, macam mana boleh ceburkan bidang dalam perniagaan ni. Akak ni pon cerita la yang dia suri rumah jer. Husband kerja bahagian property. Akak jual air jamu.. Memang bagus jamu ni pom pam pom pam bla bla bla..  hmm

Pastu dia mula buka story. Adik nak tau tak, kita sebenarnya orang perempuan ni kena jaga jaga tau. Bukan setakat badan jer kena lawa, luar dalam kena tip top. Lepas tu jangan berharap sangat dengan duit husband. Cari pendapatan sendiri, nanti kalau ada apa apa hal senang sebab kita tak tau future kita macam mana.. Saya pon okay la, setuju la dengan akak ni.. Lepas tu dia sambung cerita lagi.

Sebenarnya husband akak pernah kantoi curang dengan akak.. What? Akak tau dia curang? Fuuhh, kalau saya tu, perit nak menelan. Kita sayang bagai nak rak, boleh pulak dia curang.. Menguji keimanan betul. Then saya tanya la, akak buat apa lepas tau husband curang. Akak slow talk dengan husband, suruh dia ingat keluarga, ingat kat anak anak. Anything happen to family macam mana. Anak anak buat perangai ke, tak boleh terima kenyataan yang parents diorang divorce ker.. So husband akak pon okay semula. Back to family. Alhamdulillah.

Okay. Sampai ni jer cerita kitorang. Lepas tu class start balik.. hihi..

Kalau korang la kan. Apa yang korang lakukan bila pasangan curang? Dulu masa zaman bercinta boleh la tinggalkan terus sebab tak ada ikatan yang sah kan? Tapi sekarang ada anak, ada tangungan., ada komitmen. hmm.. Kalau saya? Saya minta dijauhkan la perkara macam ni . Masing masing dah ada tangungjawab. Dah besar, dah boleh pikir yang mana baik dan yang mana buruk. 


Mencuba Pampers Baru : BabyLove Playpants

Assalam.

Bismillah. Jasmeen tahun ni umur dia 4 tahun. Jasmeen start tak pakai pampers masa umur hampir 3 tahun. Waktu siang memang kitorang tak pakaikan Jasmeen pampers. Tapi waktu malam kadang kadang kami pakaikan sebab tak larat nak kejut.. hihi



Sekarang Jasmeen tengah cuba pampers baru iaitu BabyLove Playpants. Sekarang Jasmeen pakai size XXL. Almaklum la anak kita ni sihat.. haha.. Nasib muat tau.. Kiranya sesiapa yang ada anak secomel Jasmeen yang berat dalam 25 kg, boleh la cuba pampers ni. 





Pampers ni tahan bocor ke tak? Jawapannya adalah iya.. hihi.. Sepanjang Jasmeen pakai pampers nih, tak pernah pon bocor.. Alhamdulillah.. Tak ada la kena basuh cadar hari- hari.. hihi.. Saya rasa sebab pampers ni ada Nano Power Plus dan juga Buble Soft Sheet. Berfungsi untuk proses penyerapan yang baik. Lagi satu kelebihan pampers ni adalah stretchy waist elastic . Jasmeen selesa pakai walaupon perut dia comel.. kih3.





Ini adalah size yang dicadangkan. Kalau nak tau anak sesuai pakai size apa, boleh refer yang ni la. Dia based on berat badan anak.. 

Jasmeen kalau sebelum tidur memang excited sebab pampers ni ada gambar yang comel.
Tengok ni, muka happy suruh bergambar dengan pampers. Nak tunjuk gambar Jasmeen dengan pampers ni tak boleh sebab nanti seksi sangat.. hik3.


Sekarang waktu pagi Jasmeen rilek jer bangun. Kalau dulu bangun tidur jer mesti bagitahu yang Jasmeen basah.. Tidur pon tak terganggu. Ermm, ada kesan sampingan tak BabyLove Playpants? So far Jasmeen pakai tiada alahan seperti ruam, melecet atau kesan kesan lain. So far okay. 

BabyLove Pants boleh beli di mana? Di Lazada la. Mudah dan senang.. hihi.. Jasmeen dan ibu sangat berpuas hati dengan BabyLove Playpants




Persekolahan Pertama: Luahan Hati Anak - Anak

Assalam..

Saya harap cerita ni menjadi pengajaran buat ibu dan ayah di luar sana.


*****************************************


Pelajar : Cikgu! Cikgu! Ayah Irfan kan banyak duit. Tapi dia tak bagi pun Irfan duit belanja.

Cikgu : Oh ye ke? Ayah awak kerja apa? Banyak mana duit dia?

Pelajar : Ada one million. Tapi ayah habiskan untuk upgrade motor je. Duit-duit semua dia guna upgrade motor ikut kawan-kawan dia.

Cikgu : Terdiam. Hmm. Motor besar ke? Kawasaki? 

Pelajar : Haah motor besar. Kawan-kawan ayah pun ada motor.

Cikgu : Irfan syg ayah ke tak?

Pelajar : Irfan syg ayah cuma ayah tak suka duduk rumah. Ayah suka jumpa kawan-kawan dia pergi ride. Irfan masuk 7 tahun semua ibu yang settle. Ibu yang handle beli buku. Ayah takde pun. (aku paham dia nak cakap masuk tahun 1 sebenarnya)

Cikgu : Dalam hati, alahaiii pandainya budak ni bercakap! Hmm, ayah tak bawak jalan-jalan ke? Pergi shopping ke? Makan-makan ke?

Pelajar : Ibu je bawak dengan tok mama. Ayah tak. Ayah sibuk dengan motor dia. Kalau balik ofis, ayah balik rumah lepas tu terus pergi jumpa kawan-kawan motor.


*****************************************

Hmm.. Anak anak ni diorang akan menilai apa yang dioarang nampak. Ni baru  hari pertama sekolah. Anak terus terang cerita dekat cikgu. Nampak macam pelajar ini ingin meluahkan perasaan dia kan? Apa yang berlaku di rumah.

Masa saya jadi cikgu taska dulu pon, ada anak murid saya cerita yang papa dia selalu buat mama dia nangis.. Hmm. baru 4 tahun umur dia. Dah pandai cerita.. Harap kita as a parents dapat jadi yang terbaik untuk anak - anak.


( Kisah yang diceritakan oleh seorang guru. * Irfan bukan nama sebenar*)

Gambar: Sumber  Astro Awani