Apa Yang Anda Buat Apabila Pasangan Curang?

Assalam.

Scary tak baca tajuk tu? Hmm.. Actually saya pernah jer melalui fasa ni. Tu pengalaman lalu la. Zaman bercinta dulu. Pasangan pernah curang dan keputusan saya memang muktamad.  Dah curang, tiada maaf bagimu.. haha.. Buat apa nak sayang dekat orang yang tak sayang dekat kita kan? Sekarang alhamdulillah. Suami sangat setia walaupon saya tau kawan perempuan dia lagi banyak daripada kawan lelaki. Memang dari zaman sekolah lagi. But, as long as dia tahu status dia sebagai suami orang, itu cukup la.


Cukuplah mukadimah tu.. hihi.. Sebenarnya ni nak cerita pasal kenalan baru. Kami jumpa masa di kelas perniagaan. Waktu tu tengah rehat jap, So saya yang kepochi ni ajak la kawan sebelah menyembang. Dia datang dengan husband dia. Tapi waktu tu husband dia pergi tandas jap.

Saya borak borak la dengan dia. Saya panggil dia akak jer la.  Jual apa, tinggal kat mana, macam mana boleh ceburkan bidang dalam perniagaan ni. Akak ni pon cerita la yang dia suri rumah jer. Husband kerja bahagian property. Akak jual air jamu.. Memang bagus jamu ni pom pam pom pam bla bla bla..  hmm

Pastu dia mula buka story. Adik nak tau tak, kita sebenarnya orang perempuan ni kena jaga jaga tau. Bukan setakat badan jer kena lawa, luar dalam kena tip top. Lepas tu jangan berharap sangat dengan duit husband. Cari pendapatan sendiri, nanti kalau ada apa apa hal senang sebab kita tak tau future kita macam mana.. Saya pon okay la, setuju la dengan akak ni.. Lepas tu dia sambung cerita lagi.

Sebenarnya husband akak pernah kantoi curang dengan akak.. What? Akak tau dia curang? Fuuhh, kalau saya tu, perit nak menelan. Kita sayang bagai nak rak, boleh pulak dia curang.. Menguji keimanan betul. Then saya tanya la, akak buat apa lepas tau husband curang. Akak slow talk dengan husband, suruh dia ingat keluarga, ingat kat anak anak. Anything happen to family macam mana. Anak anak buat perangai ke, tak boleh terima kenyataan yang parents diorang divorce ker.. So husband akak pon okay semula. Back to family. Alhamdulillah.

Okay. Sampai ni jer cerita kitorang. Lepas tu class start balik.. hihi..

Kalau korang la kan. Apa yang korang lakukan bila pasangan curang? Dulu masa zaman bercinta boleh la tinggalkan terus sebab tak ada ikatan yang sah kan? Tapi sekarang ada anak, ada tangungan., ada komitmen. hmm.. Kalau saya? Saya minta dijauhkan la perkara macam ni . Masing masing dah ada tangungjawab. Dah besar, dah boleh pikir yang mana baik dan yang mana buruk. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Perghhh ingatkan cerita pasal Afzal.. Selamat tak petik nama bro fuhhh selamat

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)