Cara Menghilangkan Jeragat

Assalam.

Hai semua.. Bila scrol facebook jer mesti nampak macam macam iklan nak cantikkan muka kan? Hmm.. Saya pon salah seorang daripadanya. Muka tak adalah banyak  masalah pon. satu jer masalah nyer, bambam terlebih.. hihi. Sebenarnya, banyak je petua untuk cantikkan muka nih. Harini nak share bagaimana nak hilangkan jeragat secara semula jadi. Kira macam petua nak hilangkan jeragat la.. huhu.

Okay. Yang pertama boleh cuba menggunakan bawang merah.
Potong sebiji bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jaragat 2x sehari. Amalkan sehingga jaragat pudar.


Yang kedua ialah madu. Madu boleh hilangkan jeragat dengan cara  panaskan sebentar dengan microwave. Sapukan pada kawasan yang berjaragat beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jeragat mula pudar.


Lemon dan madu boleh hilangkan jeragat. Haa. Ni tips yang ketiga. Sapukan jus lemon + madu pada kulit dan jadikan sebagai masker. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil kulit yang lebih segar dan cerah.

Amacam rajin tak nak buat ni semua? Kalau buat secara konsisten. Insyaa Allah.. Akan berhasil. Tapi semua ni ikut atas keadaan kulit masing masing. 




3 comments:

  1. Akak dh buat yg lemon + madu tu..tp bawang tu macam scary la..sebab sure pedih kat kulit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. nanti mata pon dok berair jer.. hihi.. tapi masa kecik kecik zati guna bawang untuk hilangkan ketuat.. hoho

      Delete