Persekolahan Pertama: Luahan Hati Anak - Anak

Assalam..

Saya harap cerita ni menjadi pengajaran buat ibu dan ayah di luar sana.


*****************************************


Pelajar : Cikgu! Cikgu! Ayah Irfan kan banyak duit. Tapi dia tak bagi pun Irfan duit belanja.

Cikgu : Oh ye ke? Ayah awak kerja apa? Banyak mana duit dia?

Pelajar : Ada one million. Tapi ayah habiskan untuk upgrade motor je. Duit-duit semua dia guna upgrade motor ikut kawan-kawan dia.

Cikgu : Terdiam. Hmm. Motor besar ke? Kawasaki? 

Pelajar : Haah motor besar. Kawan-kawan ayah pun ada motor.

Cikgu : Irfan syg ayah ke tak?

Pelajar : Irfan syg ayah cuma ayah tak suka duduk rumah. Ayah suka jumpa kawan-kawan dia pergi ride. Irfan masuk 7 tahun semua ibu yang settle. Ibu yang handle beli buku. Ayah takde pun. (aku paham dia nak cakap masuk tahun 1 sebenarnya)

Cikgu : Dalam hati, alahaiii pandainya budak ni bercakap! Hmm, ayah tak bawak jalan-jalan ke? Pergi shopping ke? Makan-makan ke?

Pelajar : Ibu je bawak dengan tok mama. Ayah tak. Ayah sibuk dengan motor dia. Kalau balik ofis, ayah balik rumah lepas tu terus pergi jumpa kawan-kawan motor.


*****************************************

Hmm.. Anak anak ni diorang akan menilai apa yang dioarang nampak. Ni baru  hari pertama sekolah. Anak terus terang cerita dekat cikgu. Nampak macam pelajar ini ingin meluahkan perasaan dia kan? Apa yang berlaku di rumah.

Masa saya jadi cikgu taska dulu pon, ada anak murid saya cerita yang papa dia selalu buat mama dia nangis.. Hmm. baru 4 tahun umur dia. Dah pandai cerita.. Harap kita as a parents dapat jadi yang terbaik untuk anak - anak.


( Kisah yang diceritakan oleh seorang guru. * Irfan bukan nama sebenar*)

Gambar: Sumber  Astro Awani

8 comments:

  1. yelah kekadang dalam tak sedar kita abaikan anak anak. dorang dah semakin membesar dah ada perasaan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hmm.. sentap jugak sebenarnya.. anak anak dah pandai menilai

      Delete
  2. ala kenapa sedih ni..terasa pun ye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. kalau zati pon main hp jerla byk.. kekadang terpaksa jugak

      Delete
  3. budak2 ni kan jujur. cakap tak fikir apa..hati suci kan..time kecil la kita kena bagi kasih sayang,perhatian & ajar yg baik2 lagi2 bab agama. kalau tak dah besar,tak ada la hidup mencari arah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. budak budak ni memang jujur.. apa yang kita buat. itu yang mereka ikutnya..

      Delete
  4. Hmm ni masalahnya kalau parents terbawa2 perangai lama. Xpun dulu xde moto, bila dapat lupa diri. Lupa yg dia dah ada anak bini. Kasihan2

    ReplyDelete