Sushi King Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Hidangan Doubly Fresh Doubly Joyous

Assalam.

Sebut pasal Chinese New Year ni, mesti kita biasa dengar makanan Yee Sang kan? So hari ni saya nak kongsikan kemeriahan dan kelazatan  Yee Sang kepada semua. Ini kali pertama saya cuba Yee Sang di Sushi King. Kalau korang semua nak tau, bersempena dengan perayaan ini, Sushi King telah menyediakan hidangan "Prosperity Yee Sang" dan hidangan istimewa lain yang menarik. Boleh nikmati hidangan ekslusif ini bermula sekarang hingga 28 Februari disamping berpeluang untuk menerima hadiah yang lumayan.


Yee Sang ini rasanya sangat sedap kerana bahan bahan yang digunakan adalah daripada bahan yang segar. Antara bahannya ialah sayuran segar, hirisan telur, jelly fish yang diperap, ikan salmon yang di import khas daripada Norway, mini octopus, frozen crab stick , crunchy tempura flake dan dihidangkan bersama sos istimewa iaitu sos plum dan juga wasabi. Dan jangan lupa letakkan sedikit perahan limau. Rasanya sangat awesome. 



Selain daripada "Prosperity Yee Sang" Sushi King ini juga menghidangkan menu istimewa iaitu Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi, dan juga Fried Salmon Sushi. Selain itu, terdapat juga menu istimewa yang lain iaitu, Salmon Don, Ontama Salmon Don dan juga Seafood Bento. Kalau korang semua penggemar salmon, korang patut try menu ini sebab rasanya yang fresh dan sedap. Husband saya makan Ontama Salmon Don. Saya dapat rasa sikit je sebab dah kenyang makan Yee Sang dan bento. hihi.. Di situ juga menyediakan kicap masin dan manis. So, kalau korang nak tambah lagi perisa, boleh campurkan mengikut selera masing masing. 


Semua hidangan ini memang mampu mengenyangkan korang. Kegemaran saya adalah Seafood Bento sebab dapat rasa udang dan sotong yang fresh, kacang panjang yang dicelup tempura, closlaw. dan salmon. Kitorang makan sushi ni waktu dinner so sangat mengenyangkan. Nasib kami minum hot green tea. So tak ada lah rasa macam mengah sangat dan boleh la makan lebih lagi.. hihi.


Berita baik bagi korang semua. Sesiapa yang menikmati hidangan berharga RM 68.00 ke atas, korang semua berpeluang untuk memenangi set ekslusif Sushi King Daruma Ang Pows dan juga tiket trip ke Tokyo. Menarik kan? hihi. Mana tau lepas ni berpeluang makan sushi di Jepun. hihi.

Okay kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari www.facebook.com/sushikingasia. Kami semua memang enjoy makan di sini. Terima kasih Sushi King.


2 comments:

  1. jujur cakap ta kpernah makan sushi..huhuuu..kenapa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ada yang boleh kena dengan selera.. yang zati makan tula.. bento.. hihi

      Delete