Supplement : Bahaya Atau Tidak

Assalam.

Hari nak share tentang supplement la sebab saya juga pernah menjual supplement untuk wanita. Since banyak produk di luar sana yang boleh putihkan kulit muka dengan cepat, boleh hilangkan masalah dalaman wanita, boleh hamil, boleh itu boleh ini dan macam macam lagi.

Okay sebagai contoh supplement untuk putihkan badan. Ramai sekarang ni yang ingin putihkan lagi tona kulit walaupon kulit dah putih melepak. Mungkin kalau boleh nak nampak lagi putih gebu gebas macam tu.

Pernah atau tak kita makan satu produk x ni. kemudian tidak berhasil. Lalu jari jemari runcing ini pantas meng google produk untuk putihkan kulit. Padahal baru sebulan makan tu. Macam tak ada feedback pon. Lalu terus cuba yang lain.

Sekadar gambar hiasan

Hmm.. Bagi yang jenis nak putih cepat nih. Awak semua ikut arahan yang diberikan tak? Sebagai contoh, kena minum air masak sekurang kurang nya 3 liter sehari.. Kemudian kena istiqamah la minum produk tu. Tak boleh skip skip.

Sebenarnya, setiap produk berbeza tindak balas nyer.. Ada yang dapat feedback dengan cepat. Ada yang berbotol botol, baru dapat kesan dia.. Nak tau tak tips selamat untuk makan supplement?

Okay. saya pernah dengar dan ingat sampai sekarang tips nih.. Cara mudah untuk mengelakkan penyakit selepas mengamalkan supplement ialah berikan gap kepada badan korang.

Maksud dia, jika korang nak putih kan badan, anda guna produk x ini. Kemudian tidak berhasil. Stop makan ataupon minum sebarang supplement selama 3 bulan. Bagi neutralkan balik dalam badan tu.. Kerapkan minum air masak. Kemudian baru la makan supplement baru.

Lagi satu, jangan makan pelbagai produk dalam satu masa. Sebab kita tak tahu kandungan ubat dan tindak balas macam mana kan? sebab tu ade kes kematian selepas menggunakan produk produk nih.. Bukan salah produk tapi salah kita. Macam mana kita amalkan produk tersebut. 

Dan apa yang penting ialah, kenapa anda nak gunakan produk itu? Kalau memang niat dihati nak bagi orang puji cantik kebabom, nak orang cemburu dengan kita, nak pikat laki orang, nak itu nak ini. Baik pendam jer hasrat itu sebab tak akan terjadi. Unless untuk kebahagian rumah tangga tak apa. Nak cantik depan husband. Nak bagi terbaik untuk dia.. Tapi kalau mengharapkan pujian melambung dari orang luar, dan kemudian timbul perasaan riak. Baik jangan. Bukan apa. Takut nanti Allah bagi "lebih" pula.

Take note yer penggemar supplement semua. Makan yang sesuai sahaja dan ikut keperluan sahaja.


Allah dah cipta kita dengan sempurna. 





Post a Comment

0 Comments