Resepi Mee Lidi Yang Sedap

Assalam.

Dah lama masak mee nih, tapi baru sekarang terlintas nak share resepi. hihi. Dulu masa kecik kecik saya tak suka sangat makan mee nih. Lagi suka mee kuning yang biasa tu. Tapi bila duduk kat Selangor nih, teringin pulak nak makan makanan masa waktu kecik. Gedik betul. hihi.. Dah try cari kat Tesco tapi tak jumpa. So dekat kampung haritu try la masak nak suruh en suami rasa. Dia tak pernah makan mee lidi sebelum ni sebab tak pernah jumpa kan. Erm, bila dah try.. hambik nak.. Tak cukup pulak masak sebungkus.. haha.. Makanya besok pergi ke Endau beli stock banyak banyak.. haha.



Inilah mee nyer.. Sedap tau. Goreng basah.. hihi.. Kawan yang tinggal kat pekan panggil ni mee batang.. Erm. macam macam nama kot yang pasti memang sedap.. hihi. Okay, jom tengok resepi di bawah.

Bahan Bahan

Sebungkus Mee Lidi - Direbus
Cili kering - Dikisar
Bawang besar 1 biji - Dikisar
Bawang putih 2 ulas -Dikisar
Ayam - Potong kecil
Sayur
Gula 
Kicap
Sos tiram
Sos cili

Cara Memasak

Rebus mee lidi ini kemudian tos kan airnya.. Tak perlu rebus lama sangat. Bila dah okay jer terus angkat.



Kemudian tumiskan cili kering, bawang besar dan bawang putih hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan juga ayam. Kalau nak letak udang sotong pon boleh. sedap juga. Pastu masukkan gula sikit. saya tak letak garam tau sebab kicap pon dah rasa masin dah. Sebab saya suka makan mee yang gelap skit rupanya.. huhu

Bila dah masak semua tu masukkan mee dan juga sayur. Nak lagi sedap letak daun kucai. Lepas tu masak la sehingga rata. Dah boleh hidang.. Sekejap  jer kan.



Inilah rupa mee lidi nih.. huhu.. Nanti nak balik kampung nak pergi borong lagi.

2 comments:

  1. Dh macam spaghetti plak..x peenah jumpa lagi kat KL ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. dia macam spageti. tapi rase dia lain.. huhu.. buat laksa pon sedap.

      Delete