Mencuba Pampers Baru : BabyLove Playpants

Assalam.

Bismillah. Jasmeen tahun ni umur dia 4 tahun. Jasmeen start tak pakai pampers masa umur hampir 3 tahun. Waktu siang memang kitorang tak pakaikan Jasmeen pampers. Tapi waktu malam kadang kadang kami pakaikan sebab tak larat nak kejut.. hihi



Sekarang Jasmeen tengah cuba pampers baru iaitu BabyLove Playpants. Sekarang Jasmeen pakai size XXL. Almaklum la anak kita ni sihat.. haha.. Nasib muat tau.. Kiranya sesiapa yang ada anak secomel Jasmeen yang berat dalam 25 kg, boleh la cuba pampers ni. 





Pampers ni tahan bocor ke tak? Jawapannya adalah iya.. hihi.. Sepanjang Jasmeen pakai pampers nih, tak pernah pon bocor.. Alhamdulillah.. Tak ada la kena basuh cadar hari- hari.. hihi.. Saya rasa sebab pampers ni ada Nano Power Plus dan juga Buble Soft Sheet. Berfungsi untuk proses penyerapan yang baik. Lagi satu kelebihan pampers ni adalah stretchy waist elastic . Jasmeen selesa pakai walaupon perut dia comel.. kih3.





Ini adalah size yang dicadangkan. Kalau nak tau anak sesuai pakai size apa, boleh refer yang ni la. Dia based on berat badan anak.. 

Jasmeen kalau sebelum tidur memang excited sebab pampers ni ada gambar yang comel.
Tengok ni, muka happy suruh bergambar dengan pampers. Nak tunjuk gambar Jasmeen dengan pampers ni tak boleh sebab nanti seksi sangat.. hik3.


Sekarang waktu pagi Jasmeen rilek jer bangun. Kalau dulu bangun tidur jer mesti bagitahu yang Jasmeen basah.. Tidur pon tak terganggu. Ermm, ada kesan sampingan tak BabyLove Playpants? So far Jasmeen pakai tiada alahan seperti ruam, melecet atau kesan kesan lain. So far okay. 

BabyLove Pants boleh beli di mana? Di Lazada la. Mudah dan senang.. hihi.. Jasmeen dan ibu sangat berpuas hati dengan BabyLove Playpants




Post a Comment

0 Comments