Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia

Assalam.


Pada 16 Januari 2016, telah berlangsung majlis pelancaran GT Dollar Malaysia yang bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Pelancaran ini juga disaksikan oleh pegawai pegawai kerajaan yang terkenal serta 3000 pemimpin daripada industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem Fintech dinamik, membuka jalan untuk inovasi SMART seperti Gt Dollar dan menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor Fintech.


Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan GT Dolar membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran.  



Fungsi Utama GT Dollar

Fokus GT Dollar ini adalah untuk mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar sekeliling kita dan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui sistem E-wallet yang membolehkan carian yang luas untuk produk ataupon perkhidmatan melalui pasaran.

GT Dollar ini membolehkan PKS untuk berfungsi hampir. Ia menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS- lancar dan platform tempahan user-friendly.

Kelebihan GT Dollar ini adalah menjimatkan masa dan wang, tiada yuran pendaftaran, tiada yuran keahlian, dan paling menarik, PERCUMA RM 300.00 apabila mula mengakses apilikasi ini.

Produk lain yang diperkenalkan oleh GT Group:


1. GT Mobile 
  • Telah menghasilkan beberapa siri telefon pintar antaranya GT 888, GT 886 DAN GT 883



2. GT Smartwatch 
  • Ianya dilengkapi dengan beberapa teknologi iaitu Google/Apple Maps, perbualan dua hala, penguat suara, kalis air, membantu mengesan lokasi si pemakai, memberi amaran sekiranya anak-anak memasuki kawasan atau zon bahaya, terdapat butang bantuan kecemasan, boleh menyimpan nombor telefon sehingga 5 nombor, boleh merakam dan mendengar perbualan sehingga 2 nombor teleon dan dilengkapi bateri yang boleh dicas.


3. GT Wonder Boy
  • Robot yang dibangunkan seperti manusia yang mempunyai kecerdasan, emosi dan kebijaksanaan. Robot ini mampu menjadi pembantu peribadi, boleh berbual, jadi jurukamera, tenaga pengajar, boleh menyanyi dan menari, boleh menjadi pelayan pelanggan dan boleh bercakap dalam perbagai bahasa. 


Apa yang pengguna perlu lakukan hanyalah muat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store dan IOS dan secara automatik pengguna akan mendapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar pengguna boleh mendapatkan pengurangan harga dan diskaun bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian. 

Untuk keterangan lebih lanjut, korang semua boleh layari di https://www.gtdollar.com/



Post a Comment

0 Comments