Resepi Ikan Talapia Masak Sambal Berlada

Assalam. Bismillah.

Hari ni mood rajin sikit nak share resepi ikan talapia sambal berlada berapi.. huhu.. Berapi tu sebab kitorang memang suka makanan yang pedas. Tak pedas tak kick orang kata.. Waktu bulan ramadhan ni, ini adalah salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga. Nak tau sebab apa, disamping sedap, lauk ni mudah jer nak buat. Tak ambil masa yang lama. Kita nih bekerja kan, sampai rumah dah nak kena masak. So, nak cepat makan lauk macam ni la. hihi.. Hmm.. malas nak celoteh panjang kita teruskan dengan resepinya.

Ikan Talapia Masak Sambal Berlada


Resepi Ikan Talapia Masak Sambal Berlada

Bahan bahan 

1. Ikan talapia 2 ekor
2. Lada kecik sengenggam ( ikut atas kepedasan masing masing)
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 4 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam 
7. Gula

Cara memasak 

1. Goreng ikan talapia sehingga garing. Gunakan api yang perlahan. Bagi yang pertama kali nak belajar goreng ikan tu, korang kena la bubuh garam dan kunyit dekat ikan talapia tu.. Sat lagi tak sedap pulak ikan korang. Tawar jer rasa.. hihi.

2. Bila dah siap goreng tu korang ketepikan dulu. Now proses nak masak sambal pulak. Cara dia mudah je, korang tumbuk bawang besar, bawang putih, lada kecik dan halia. Kemudian tumis dalam kuali. Masa kacau kacau tu zikir la sikit bagi sedap masakan korang. huhu. Bulan puasa ni lagi bagus berzikir.. hihi.

* Kalau korang takut terpecik lada kat muka korang, zati ade satu alatan khas.. hihi.. Barang ni memang memudahkan korang. Okay barang itu adalah manual chopper. Haa.. korang bubuh jer semua bahan bahan dalam tu, lepas tu pusing pusing jer.. Cepat dan selamat. Gituu.. hihi. Nak beli kat mane? Zati haritu beli dekat Lazada.. Kalau korang nak, korang klik di bawah ini.. Lazada tengah buat promosi tu. Macam macam lagi boleh guna, nak kisar sayur ke ayam, daging ke, semua boleh. hihi.. Mudah kan?


chopper manual food processor

3. Nanti bila dah nak dekat masak, letakkan sedikit garam dan gula sebagai perasa.. Letak garam gula ni bajet bajet jer.

4. Dan last sekali ialah gaulkan ikan dalam kuali tersebut sehingga kering .. Dah siap.

Hmm.. Nak bagi tips hilangkan hanyir ikan la. Ada sesetengah ikan talapia yang akan rasa hanyir sedikit. So, cara nak hilangkan bau hanyir ikan talapia ialah dengan menggunakan garam dan juga asam jawa. Gaulkan sekali dan lumur dekat ikan tu. Bila dah rasa macam semua bahagian korang dah letak, tinggalkan kejap selama 5 minit macam tu. Kemudian baru basuh.

Dah alang alang cerita pasal manual chopper dekat Lazada tadi kan, zati nak share la.. Sempena bulan ramadhan ni, Lazada ade buat sales taw.. Haa.. yang kaum wanita jangan acah acah nak skip baca ea.. Rugi taw..  Diskaun 90% tu.. kikiki.

Bertemakan  Marhaban Ya Ramadhan Sale dan Riang Ria Raya, kita boleh shopping dan menggunakan diskaun sebanyak 90% di Lazada. Bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017.  Hmmm.. Sempat lagi nak shopping raya ni weh. Dah jangan pikir lagi.. Jom shopping kat bawah ni



Okay. Lepas korang shopping dekat Lazada tu, korang boleh la masak ikan talapia sambal berlada nih. Dah tak ada alasan malas tumbuk tumbuk lada bawang bagai. Manual chopper by Lazada boleh bantu korang. hihi..

Selamat berbuka dan shopping yer.. hihi..



Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnya..lama tk mkn ikan talapia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. ni kena dgn nasi panas panas harus bertambah.. haha

      Delete
  2. Akak selalu up post resipi alang2 tu masuk lah contest Lazada ni mana tahu leh menang baucer rugi tak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mane maha? dalam entry maha ker? nanti kita cari.. hihi

      Delete
  3. Replies
    1. hihi.. saya dulu x mkn talapia.. tapi lama lama boleh pulak.. huhu.. dah x hanyir mmg mkn jer la

      Delete
  4. terliur la kita zati melihatnya.. di tambah hujan disini..

    Nasi putih+ikan belada mau bertambah2..

    Thanks share resepinya..

    ReplyDelete
  5. Sedap nya. Dah lama tak makan ikan talapia

    ReplyDelete
  6. hi sis, saya datang singgah follow sini.. salam kenal dan salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah terpilih sebagai pemenang...

    ReplyDelete
  8. dah berlada berapi lagi..tu yang menang tu..tahniah..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. samalah kita, masak makanan mesti kena pedas. Tak johor tak nismilan lah tak pedas..hihi

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)