Penceramah Berlainan Politik Dalam Satu Pentas

Assalam. Bismillah.

Disebabkan saya jarang pergi ke kelas ilmu agama, youtube merupakan kelas saya la. Kita walau sesibuk mana sekalipon, cuba la tambah sedikit ilmu agama agar kita ni tak alpa dengan kegiatan dunia. hihi. macam nak bagi ceramah pulak.. hihi.

Okay la. Ni nak cerita tentang penceramah feveret saya. Ustaz Abdullah Khairi dan juga Syamsul debat. Saya memang follow diorang ni sebab setiap kali dengar ceramah mereka, tak pernah rasa mengantuk bila dengar. Gelak je memanjang tapi pada masa yang sama, banyak input yang dapat.

So, baru baru ni, mereka berdua dijadikan penceramah dalam satu masjid. Allahu. best sangat ceramah diorang ni walaupon kekadang saling membahan disebabkan berlainan politik. Tapi diorang cool je melawak. Tak ada nak cerita politik bagai.




Tips Menghilangkan Keputihan

Assalam, Bismillah.

Hari ni , saya nak share satu tips macam mana nak hilangkan masalah keputihan bagi orang wanita. Saya tahu, semua wanita mempunyai masalah ini cuma membezakan adalah kronik atau tidak sahaja. Sebelum tu saya nak kongsikan punca keputihan ini berlaku.



Antara punca keputihan ialah : 

  1. Kurang makan makanan yang berserat
  2. Gula tinggi dalam darah
  3. Stress
  4. Symptom nak datangnya haid. 
  5. Hormon
  6. Memakai pakaian dalam yang ketat
  7. Salah memakai pencuci wanita
  8. Kerap makan timun
  9. Kerap makanan yang berminyak
  10. Suka makan nenas
So, cara mengatasi masalah keputihan ini ialah dengan menggunakan manjakani. Fungsi manjakani ini ialah membantu merawat keputihan kerana kandungan estrigent yang membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. 

Macam mana nak buat dengan manjakani ni? Okay. ni simple tips untuk korang semua. Dia ada pelbagai cara taw. Pilih yang mane sesuai dengan korang. Cara pertama ialah, rebus sebiji manjakani. Kemudian biarkan sejuk kemudian jadikan sebagai pencuci miss V. Lebihan air rebusan boleh diminum tetapi air ni pahit sikit la. Kalau ada lagi lebih, simpan dalam peti dan jadikan sebagai pencuci. Tahan untuk 3 hari sahaja.

Cara ke dua ialah, Pecahkan manjakani ini menjadi kecil kemudian blender. Jadikan seperti serbuk. Kemudian jadikan maker di bahagian miss V korang. Mula akan rasa oedih sikit tapi lama lama okay. Selain masalah keputihan, ianya boleh merawat kawasan intim anda.

Cara ke tiga ialah, rendam buah manjakani ini semalaman. kemudian air itu boleh dijadikan sebagai pencuci miss v. Biji manjakani tu bila dah direndam akan menjadi lembut kn? So, amek biji manjakani, penyek penyakkan jadi bentuk bulat. Kemudian, masukkan dia bahagian miss v anda. Biarkan sehingga 7-8 jam kemudian korek. Insyaa Allah. keputihan yang lama juga akan keluar.

Boleh tak amalkan ni semua? Siapa yang rajin boleh amalkan. Tapi kalau nak mudah sikit, boleh cuba Jus Amora keluaran El Misha. Rasa jus yang sangat sedap dan hanya perlu minum 2x sehari. Minum waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Kesan dia bukan sahaja keputihan hilang, malah membantu masalah lain. Silap hari bulan hubungan suami isteri semakin akrab. Harap korang faham la ea.. huhu.

Antara testimoni yang mengamalkan Jus Amora







Nak tau lebih lanjut boleh baca article ini Jus Amora Membantu Masalah Dalaman Wanita

Selain itu korang boleh refer di sini FB Page: Supplement Wanita Kesan Seawal 2 Hari  atau hubungi
  Puan Izzati 017 987 9178












Tips Kurus By Mummy Jasmeen

Assalam. Bismillah.

Hari ni saya nak share tentang  tips kurus. Tips ini saya dapat melalui group di fb, masak apa hari ni ( MAHN). Dah lama dah post ni dan memang pernah buat. cuma tak istiqamah jer. hihi. So sekarang saya nak share la  bahan bahan dia. Mana tahu ni boleh buat korang kurus. hihi



Bahan bahan 

Lemon
Halia
Serai
Asam Keping

Mudah jer kan? Nak masak pon senang jugak. Bahan bahan ni tadi direbus bersama 2 cawan air. Dan biarkan ianya menjadi 1 cawan air. Dah boleh minum leas tu. Minum suam suam okay sikit la sebab dia memang masam. Ini kiranya macam cara mudah untuk kuruskan badan la. 

Untuk pengetahuan korang semua, kebanyakan produk kurus di luar sana memang menggunakan asam keping sebagai salah satu bahan dalam produk mereka. Nama komersial bagi asam keping ialah garcinia. Macam biasa dengar kan? hihi. Agak agak menjadi tak tips kurus nih?

Kesan dia nanti, korang akan selalu buang angin.. hihi. Harap tips kurus ini dapat membantu untuk berkebaya di hari raya.. ahaha

Jap. Zati ada update terbaru macam mana nak kurus dengan cepat. hihi. Dia punya cara sama cuma bezanya dia lagi mudah. Zati suggest korang dapatkan teatox sisfel. So far memang membantu untuk kurus sebab bahan bahan pon hampir sama jer.

Bahan bahan teatox sisfel yang membantu untuk membuang toksin dalam badan  ialah Rozel, daun pudina, halia, serai, bunga teratai dan teh hijau.

Wow.. rasa dia masam masam sikit tapi not obvoius.. sedap minum waktu sejuk.. memang ni salah satu cara untuk kurus sebab dia akan buang toksin dalam badan. cuba baca testimoni teatox sisfel ini.






Nak order? mudah sahaja.. just klik link dekat bawah ini untuk order.


Atau boleh hubungi puan Izzati : 0179879178

Jom kurus bersama teatox sisfel 


Tempat Makan Best di Bangi : Orked Lavender Kafe

Assalam. Bismillah.

Sempena hari lahir en suami yang ke 34, kitorang decide untuk cuba restoran baru di Bangi. Sebenarnya dah lama perasan restoran nih, tapi baru berkesempatan nak pergi. So, malam tu kitorang dinner di Orked Lavender Kafe di Bandar Baru Bangi.


Nak tau kitorang order apa? haa.. semua menu di atas ni la kami cuba. Actually, makanan yang kami tak sabar nak rasa ialah Volcano Milk Shake Chocolate Brownies. Mana tak terliur, tengok coklat leleh kat tepi tu, lepas tu ada aiskrim, ada brownies lagi kat dalam air tu.. Fuuh.. Minum ni pon sebenarnya dah kenyang tau. huhu. Memang kena dengan citarasa sebab air ni tidak terlalu manis. Rasa dia serius, memang sedap.. huhu. Datang sini, wajib try air ni taw. Kami kongsi 3 orang sebab nanti nak makan lagi, takut tak habis pulak makanan.. hihi.


Untuk makanan pulak, mula mula kami makan makanan yang ringan dulu. Kami cuba keropok lekor dan juga locking. Bagi saya la kan, nak tau keropok tu sedap atau tak, tengok warna keropok dan sos je. Lepas makan je memang terbukti rasa sedap, rasa macam kat Terengganu. Kiranya dapat juga la merasa keropok sedap di Bangi nih. hihi. Sebab saya jarang sangat saya jumpa keropok yang banyak ikan. Lepas tu makan pulak locking ataupon satay ikan. Memang pembuka selera yang best. 



Eh, terlupa pulak. Sebelum makan keropok, kami cuba kek Red Valvet. Rasa dia sedap dan dihiasi coklat. Cukup la seketul ni jer, nanti nak makanan berat lagi. hihi. Jasmeen memang tak sabar la nak makan. Siap main suap suap lagi. Sweet sangat.. hihi


Okay. Sekrang kita masuk bab makanan berat pulak. Untuk Jasmeen saya order Chicken Cabonara. Ini memang feveret Jasmeen. Rasa creamy dia cukup dan sesuai untuk siapa yang suka makanan barat.


Untuk saya pulak, saya order Laksa Johor. Saya jarang makan laksa johor sebab susah sangat nak dapat kan. So kalau korang yang berada di Bangi, teringin nak makan laksa johor, korang boleh cuba Orked Lavender Kafe. Rasa dia sedap, banyak ikan. Saya kalau makan makanan yang berkuah, saya suka kuah lebih. So, kalau kuah lebih sikit mesti lagi awesome. Sedap dah tapi tekak ni memang suka kuah lebih.. hihi. Anak kecil pon boleh cuba jugak sebab laksa johor ni tak pedas sangat.


Untuk en suami pulak, dia order nasi dagang. Ni memang makanan feveret dia. Dia kata sedap. Rasa macam makan nasi dagang dekat kampung. hihi. Nak cerita lebih lebih tak tau sebab sedar sedar je nasi dagang habis. Sempat rasa sesudu jer.. hihi. Yang pasti cili tu saya rembat dulu. kih3


Kebetulan haritu ada kawan yang join. So dia order Spaghetti Bolognese. Ini antara menu yang baru di Orked Lavender Kafe.


Kitorang memang kenyang sungguh hari tu. hihi. Terima kasih Orked Lavender Kafe sebab menyajikan makanan yang sedap. Dengan suasana yang cantik, alunan muzik yang sedap di dengar. Rasa macam seronok sangat lepak dekat sini. Korang jangan lupa datang taw. Ini antara kedai makan best di Bangi. 


ORKED LAVENDER KAFE
7-G JALAN PERSIARAN MEDAN PUSAT 2D 43650 BANDAR BARU BANGI
MON -SAT 12.30 PM-11.30PM
FRIDAY 2.00 PM- 12.00 PM



Neelofa Memang Pernah Bercinta Dengan Fattah Amin

Assalam.

Jangan terkezut baca tajuk nih. Hihi.. Saya memang follow kisah diorang pon. Sebab saya tengok diorang ni sama padan. Lepas tu gambar yang diorang share tu sweet sangat kan? Bagi saya sweet la. lain orang lain pendapat kan? huhu.


Kalau korang semua nak tau, memang Neelofa dan Fattah Amin ni bercinta. Sejak episod minggu pertama Suri Hati Mrs Pilot tu. Jadi gambar yang mereka kongsikan itu tidak fake la orang kata. Memang bercinta masa tu. Sebab tu la nampak kebahagiaan di muka diorang berdua.

Lofattah ni banyak mendiamkan diri dan sampai satu tahap, netizen asyik kutuk je diorang semua. So unfair la bagi pihak Neelofa dan juga Fattah Amin. Disebabkan banyak perkara negative yang dilemparkan, diorang buat keputusan untuk buat  Lofattah Greet and Meet. So kat sini la diorang clearkan semua sekali. Waktu ni la diorang cerita bila percintaan itu berputik. Tapi masa pengakhiran cerita tu tak bagi tahu bila.


Lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin memang untuk Neelofa sebenarnya. Masa recording lagu tu jugak, Neelofa memang ada di studio ketika itu. Ini waktu diorang bercinta kot.

Kalau korang mengikuti perkembangan Lofattah ni, mesti korang ingat waktu Fattah Amin datang ke Meletop hari tu kan? Cuba dengar balik sajak yang Fattah Amin baca tu. Last sekali dia sebut,"every time we say good bye, it breaks my heart to watch you go". Sesak dada nak melepaskan orang yang kita sayang ni pergi.

Tapi apa yang saya nampak kat sini, Fattah Amin macam berat nak lepaskan Neelofa sebab untuk mengaku diorang ni pernah bercinta pon, Neelofa yang cerita. Nampak macam Fattah Amin tak sanggup. hahaha.. Memandai je saya nih. Tapi Lofa ada bagitahu yang sekarang ni, mereka tengah mencari ruang hala tuju hubungan mereka. Kalau ada jodoh, ada lah.. Kita tunggu jerla yer. 

Last sekali. Doakan yang terbaik untuk semua. 








Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Rempah Mak Siti

Assalam. Bismillah.

Minggu lepas en suami belikan ikan merah. Almaklum la, wife dan anak dia suka makan ikan. So, dia beli la ikan merah nih sebab teringat kat kitorang. hihi. Memandangkan saya dalam mood diet, so saya rasa masak sup is better. Untuk resepi kali ini, saya gunakan rempah jenama Mak Siti. Okay, jom kita terjah resepi Sup Kepala Ikan Rempah Mak Siti. 



Bahan Bahan
  1. Kepala ikan merah
  2. Bawang besar  1 biji- dihiris
  3. Bawang putih 3 ulas - Diketuk
  4. Cili api
  5. Lobak
  6. Daun Sup
  7. Rempah Mak Siti - dicampurkan dengan sedikit air
Cara Memasak

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan rempah mak siti yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga garing sedikit kemudian masukkan air. Sukatan untuk air ini ikut atas selera masing masing. Macam saya suka letak sedikit je sebab saya suka rasa rempah sup tu.

Okay kemudian saya masukkan kepala ikan merah. Tunggu sehingga mendidih dan masukan garam, lobak dan cili.

Untuk hiasan taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Dah siap. Mudah jer kan. Jasmeen makan menambah 2x dan saya pulak habiskan sup nih..hihi. Nampak sangat sedap. 

Kalau nak tengok video pon ada. Follow jer cara memasak nih. Mesti sedap sama macam saya masak.. hoho.

Video cara memasak Sup Kepala Ikan Merah Rempah Mak Siti

Selain daripada rempah sup ikan, ada lagi rempah lain sebenarnya. Dekat rumah ada beberapa stok rempah mak siti. Sekarang ni kerja saya lagi mudah la. Guna rempah mak siti jer kalau nak masak dengan cepat. Tak payah menumbuk bagai.. So inilah stok yang saya ada.. Banyakkan? So kalau korang semua rasa baru nak belajar masak, atau nak cuba rempah baru, saya cadangkan guna sahaja Rempah Ratus Mak Siti. Insyaa Allah. Sedap lauk korang nanti. hihi

Senarai Rempah Mak Siti

Macam mana nak dapatkan rempah ratus  mak siti? Korang boleh je dapatkan di Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo CS Brother dan dekat kedai runcit yang berdekatan dengan rumah korang semua. Tapi, kalau korang nak beli online pon boleh jugak. Lagi mudah keja korang semua kan? So, boleh tengok details di bawah ini.

Website : www.maksiti.com
WhatsApp : 017 3309 330  

Okayla. Cukupla resepi untuk hari ni. Petang ni nak pikir nak masak apa pulak untuk malam nanti. Kalau nak tau resepi lain yang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti, korang boleh tengok resepi di bawah ini.


Selamat mencuba semua. 


REVIEW TELEFON PINTAR GT 888

Assalam.

Hari ni mood nak cerita pasal satu jenama handphone yang terbaru, iaitu  GT-888. Kalau korang perasan kan, ada juga dikalangan artis yang pakai handphone jenama ini. Haritu kalau tak silap, pasangan romantis Amar Baharin dan isterinya Amira Rosly pakai handphone jenama ini sewaktu AJL . So tak hairan lah GT-888 ni sudah menempah nama di pasaran. Okay, jom kita tengok, apa yang menarik tentang GT-888  ini.



Untuk pengetahuan korang semua, GT-888 ni merupakan siri terbaru yang dihasilkan oleh GT Group. Antara kelebihan GT-888 ini ialah gambar yang dihasilkan sangat tajam dan jelas walaupun hanya 8MP. Lumrah kehidupan wanita, bergambar memang wajib la kan. So, bila guna GT-888 ni kiranya sangat berpuas hati la.. hihi.


GT 888 ini juga mempunyai fungsi timeslap. Kebiasaanya, fungsi ini terdapat pada sesetengah model telefon seperti jenama iPhone. Timeslap ini berfungsi sebagai mempercepatkan gerakan video yang dirakam. So bagi sesiapa yang lebih gemar menggunakan telefon untuk merakam video, GT-888 la penyelesaiannya.

Bateri GT-888 ini sangat bagus sebab ianya tahan lebih lama walaupun ianya berkapasiti 2550mAH. So kalau korang yang jenis multi-tasking tu, sesuai la guna telefon ni. Nak main game ke, nak layan youtube ke, still okay lagi. Telefon ini juga sangat ringan dengan berat nya hanya 160 gram sahaja. Didatangkan dengan 2GB RAM dan 16GB ROM dan boleh menampung sehingga 64GB.


Bab charging korang semua tak perlu risau sebab dalam masa 15 minit je dah 35%. So, ini memudahkan kerja korang semua la. Bagi saya ianya sangat membantu sebab saya kekadang guna untuk kerja dan anak pulak suka tengok video.

So, kat sini saya simpulkan apa yang GT-888 ni ada.
  • 2GB RAM + 16GB ROM
  • 5.5" 2.5D ARC SCREEN
  • QUAD CORE 1.0GHZ
  • 64-BIT MTK6735P
  • 30000 ANTUTU SCORE
  • CORNING GORILLA GLASS 3
  • QUICK CHARGE 35% 15 MIN
  • ANDROID 5.1 LOLLIPOP
  • 8MP BACK + 5MP FRONT CAMERA

Last but not least, GT-888 sangat best. Walaupon masih baru dalam pasaran, tapi ianya sangat berkualiti. Mana tahu suatu hari nanti ianya mampu bersaing dengan jenama telefon besar di luar sana. Kalau korang semua nak tau lebih lanjut, boleh layari website di bawah ini.







Selamat Hari Lahir En Suami

Assalam. Bismillah

Saya kahwin dalam usia yang agak muda iaitu masa umur 23 tahun.Tak bajet dapat kawen awal sebab pikir kita ni tak derk la cun mana. Ingatkan tak ada orang yang nak. Alhamdulillah. Ada jugak orang nak. hihi. Kami berkenalan 3 tahun, then bertunang dalam masa 6 bulan, lepas tu kitorang kawen. Alhamdulillah. Selepas 2 bulan, wujudlah Jasmeen dalam perut nih.. hihi..

Sempena besday yang ke 34 ni, puan isteri nak wish beberapa perkara. Semoga Mohd Norafzal Bin Narawi dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik untuk menjaga dan menyara kami sekeluarga. Ingat lagi waktu mula mula kawen, en suami sering demam sebab infection yang ada pada kaki nya. Masa dia demam, saya pon down sekali sebab dia akan murung. Bila dia murung serba salah la dibuatnya. Lepas Jasmeen lahir, en suami decide nak operate buang besi dekat kaki. Masa dia operate nih, rasa penat sangat. Kehulur kehilir dari rumah ke hospital. Masa tu baru tau penat drive, penat tak ada suami di sisi.. Hoho.. So baru tau perasaan en suami waktu jaga puan isteri dekat hospital Melaka dulu.. Mesti lagi penat kan? =)

Erm, semoga dengan penambah usia ini, harap kita lebih kerap solat berjemaah, hubungan kita menjadi lebih akrab bukan sekadar mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa tapi lebih kepada perasaan kasih sayang. Sebab ada yang mengatakan, hubungan keluarga ini kekal disebabkan tanggungjawab sahaja. 

Puan isteri doakan agar kita dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan demi anak anak kita nanti. Kita tak tahu apa akan terjadi masa akan datang. Harap kita dapat tempuh cabaran dan dugaan yang datang.

Tak tau dah nak tulis apa lagi sebenarnya nih.. hihi.. Okay. Ni last la. Harap en suami akan ingat kami sekeluarga dimana pon berada. Ingat status sebagai seorang suami dan babah. Sayang puan isteri, anak anak sampai hujung nyawa. Biarlah maut je yang memisahkan kita dan bertemu semula di Syurga. Inshaa Allah.



I LOVE YOU EN SUAMI