REVIEW TELEFON PINTAR GT 888

Assalam.

Hari ni mood nak cerita pasal satu jenama handphone yang terbaru, iaitu  GT-888. Kalau korang perasan kan, ada juga dikalangan artis yang pakai handphone jenama ini. Haritu kalau tak silap, pasangan romantis Amar Baharin dan isterinya Amira Rosly pakai handphone jenama ini sewaktu AJL . So tak hairan lah GT-888 ni sudah menempah nama di pasaran. Okay, jom kita tengok, apa yang menarik tentang GT-888  ini.



Untuk pengetahuan korang semua, GT-888 ni merupakan siri terbaru yang dihasilkan oleh GT Group. Antara kelebihan GT-888 ini ialah gambar yang dihasilkan sangat tajam dan jelas walaupun hanya 8MP. Lumrah kehidupan wanita, bergambar memang wajib la kan. So, bila guna GT-888 ni kiranya sangat berpuas hati la.. hihi.


GT 888 ini juga mempunyai fungsi timeslap. Kebiasaanya, fungsi ini terdapat pada sesetengah model telefon seperti jenama iPhone. Timeslap ini berfungsi sebagai mempercepatkan gerakan video yang dirakam. So bagi sesiapa yang lebih gemar menggunakan telefon untuk merakam video, GT-888 la penyelesaiannya.

Bateri GT-888 ini sangat bagus sebab ianya tahan lebih lama walaupun ianya berkapasiti 2550mAH. So kalau korang yang jenis multi-tasking tu, sesuai la guna telefon ni. Nak main game ke, nak layan youtube ke, still okay lagi. Telefon ini juga sangat ringan dengan berat nya hanya 160 gram sahaja. Didatangkan dengan 2GB RAM dan 16GB ROM dan boleh menampung sehingga 64GB.


Bab charging korang semua tak perlu risau sebab dalam masa 15 minit je dah 35%. So, ini memudahkan kerja korang semua la. Bagi saya ianya sangat membantu sebab saya kekadang guna untuk kerja dan anak pulak suka tengok video.

So, kat sini saya simpulkan apa yang GT-888 ni ada.
  • 2GB RAM + 16GB ROM
  • 5.5" 2.5D ARC SCREEN
  • QUAD CORE 1.0GHZ
  • 64-BIT MTK6735P
  • 30000 ANTUTU SCORE
  • CORNING GORILLA GLASS 3
  • QUICK CHARGE 35% 15 MIN
  • ANDROID 5.1 LOLLIPOP
  • 8MP BACK + 5MP FRONT CAMERA

Last but not least, GT-888 sangat best. Walaupon masih baru dalam pasaran, tapi ianya sangat berkualiti. Mana tahu suatu hari nanti ianya mampu bersaing dengan jenama telefon besar di luar sana. Kalau korang semua nak tau lebih lanjut, boleh layari website di bawah ini.







1 comments: