Selamat Hari Lahir En Suami

Assalam. Bismillah

Saya kahwin dalam usia yang agak muda iaitu masa umur 23 tahun.Tak bajet dapat kawen awal sebab pikir kita ni tak derk la cun mana. Ingatkan tak ada orang yang nak. Alhamdulillah. Ada jugak orang nak. hihi. Kami berkenalan 3 tahun, then bertunang dalam masa 6 bulan, lepas tu kitorang kawen. Alhamdulillah. Selepas 2 bulan, wujudlah Jasmeen dalam perut nih.. hihi..

Sempena besday yang ke 34 ni, puan isteri nak wish beberapa perkara. Semoga Mohd Norafzal Bin Narawi dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik untuk menjaga dan menyara kami sekeluarga. Ingat lagi waktu mula mula kawen, en suami sering demam sebab infection yang ada pada kaki nya. Masa dia demam, saya pon down sekali sebab dia akan murung. Bila dia murung serba salah la dibuatnya. Lepas Jasmeen lahir, en suami decide nak operate buang besi dekat kaki. Masa dia operate nih, rasa penat sangat. Kehulur kehilir dari rumah ke hospital. Masa tu baru tau penat drive, penat tak ada suami di sisi.. Hoho.. So baru tau perasaan en suami waktu jaga puan isteri dekat hospital Melaka dulu.. Mesti lagi penat kan? =)

Erm, semoga dengan penambah usia ini, harap kita lebih kerap solat berjemaah, hubungan kita menjadi lebih akrab bukan sekadar mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa tapi lebih kepada perasaan kasih sayang. Sebab ada yang mengatakan, hubungan keluarga ini kekal disebabkan tanggungjawab sahaja. 

Puan isteri doakan agar kita dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan demi anak anak kita nanti. Kita tak tahu apa akan terjadi masa akan datang. Harap kita dapat tempuh cabaran dan dugaan yang datang.

Tak tau dah nak tulis apa lagi sebenarnya nih.. hihi.. Okay. Ni last la. Harap en suami akan ingat kami sekeluarga dimana pon berada. Ingat status sebagai seorang suami dan babah. Sayang puan isteri, anak anak sampai hujung nyawa. Biarlah maut je yang memisahkan kita dan bertemu semula di Syurga. Inshaa Allah.



I LOVE YOU EN SUAMI 




Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)