Neelofa Memang Pernah Bercinta Dengan Fattah Amin

Assalam.

Jangan terkezut baca tajuk nih. Hihi.. Saya memang follow kisah diorang pon. Sebab saya tengok diorang ni sama padan. Lepas tu gambar yang diorang share tu sweet sangat kan? Bagi saya sweet la. lain orang lain pendapat kan? huhu.


Kalau korang semua nak tau, memang Neelofa dan Fattah Amin ni bercinta. Sejak episod minggu pertama Suri Hati Mrs Pilot tu. Jadi gambar yang mereka kongsikan itu tidak fake la orang kata. Memang bercinta masa tu. Sebab tu la nampak kebahagiaan di muka diorang berdua.

Lofattah ni banyak mendiamkan diri dan sampai satu tahap, netizen asyik kutuk je diorang semua. So unfair la bagi pihak Neelofa dan juga Fattah Amin. Disebabkan banyak perkara negative yang dilemparkan, diorang buat keputusan untuk buat  Lofattah Greet and Meet. So kat sini la diorang clearkan semua sekali. Waktu ni la diorang cerita bila percintaan itu berputik. Tapi masa pengakhiran cerita tu tak bagi tahu bila.


Lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin memang untuk Neelofa sebenarnya. Masa recording lagu tu jugak, Neelofa memang ada di studio ketika itu. Ini waktu diorang bercinta kot.

Kalau korang mengikuti perkembangan Lofattah ni, mesti korang ingat waktu Fattah Amin datang ke Meletop hari tu kan? Cuba dengar balik sajak yang Fattah Amin baca tu. Last sekali dia sebut,"every time we say good bye, it breaks my heart to watch you go". Sesak dada nak melepaskan orang yang kita sayang ni pergi.

Tapi apa yang saya nampak kat sini, Fattah Amin macam berat nak lepaskan Neelofa sebab untuk mengaku diorang ni pernah bercinta pon, Neelofa yang cerita. Nampak macam Fattah Amin tak sanggup. hahaha.. Memandai je saya nih. Tapi Lofa ada bagitahu yang sekarang ni, mereka tengah mencari ruang hala tuju hubungan mereka. Kalau ada jodoh, ada lah.. Kita tunggu jerla yer. 

Last sekali. Doakan yang terbaik untuk semua. 








2 comments: