Buffet Ramadhan 2019 di Bangi Golf Resort


Assalam. Bismillah.

Hai.. Bulan puasa tinggal lagi beberapa hari jer. So dah plan nak berbuka di mana? Disebabkan zati pon duduk area Bangi, so zati suggest Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort la sebagai tempat berbuka puasa tahun ini. Tahun ini, mereka berkonsepkan “ Iftar Sesama”


Memang setiap tahun kami akan berbuka puasa dekat sini sebab Buffet Ramadhan di BGR antara pakej termurah yang terdapat di Bangi. Hanya serendah RM 59 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak kanak, kita akan disajikan dengan lebih 200 jenis juadah yang disediakan. Antaranya ialah masakan melayu dan barat.. Lauk lauk kampung orang kata. Yang ni lagi sedap la makan. Ada pulak ulam ulam dan juga pelbagai aneka sambal.. memang sedap.


Kalau korang nak tahu, ulam ulaman yang disediakan itu adalah hasil tanaman daripada pihak BGR sendiri. Sebab itu ulam dia fresh. Contoh macam nasi kerabu. ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, semuanya chef mereka yang petik sendiri.. Nasi kerabu ni, dia punya ayam goreng berempah tak tahu la kenapa sedap sangat.. huhu. Makan pulak dengan pelbagai jenis kerabu, pastu letak budu sikit.. Fuuhh.. merecik.. hihi. Tapi ambil dalam kuantiti sikit sikit yer.. takut nanti lauk lain tak makan pulak.. hihi..



Next korang kena cuba nasi ayam dia. Memang sedap sangat. Ni menu wajib kena try kalau berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Yang ni zati rasa lebih sikit. Hihi. Sos dia padu.

Tapi biasanya buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni, menu yang menyebabkan barisan panjang adalah semestinnya kambing bakar.. sebelah kambing bakar tu pulak ada sup tulang kambing mamak , yang ni boleh makan dengan roti. Lagi satu barisan tu pulak ada satay, mee dan kuew tiau goreng. Yang ni kena beratur awal sikit. Hihi.


Bagi yang nak makan nasi putih, korang boleh dapatkan menu Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak. Atau kalau nak cuba masakan western boleh cuba Sous Vide Egg dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga seperti Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.


Last sekali kita makan makan manis pula. Antara dessert yang disediakan oleh Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort  ialah Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.




Untuk pengetahuan korang juga. Buffet Ramadhan di Bangi Golf resort akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannyasepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). So korang menikmati buffet Ramadhan sambal beramal.


Kemudahan lain yang terdapat di BGR ialah surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Selain itu, disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.

Jika berminat untuk berbuka puasa disini, sila lihat details di bawah ini


Untuk Tempahan : KLIK DI SINI

Alamat: 
No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557

Email: enquiry@bgrrest.com







Air Detoks Untuk Kempiskan Perut

Assalam.. hai semua..

Bulan puasa tak lama lagi kan? Biasanya nak raya ni la korang feeling nak kurus sikit. Betul tak? 
Lagi satu, masalah orang perempuan ni badan dia banyak angin. kekadang sebelum period, semasa period dan selepas period.. hmm. rumit betul perempuan ni kan? tapi tak per. setiap masalah ada penyelesaian. 

Sebelum ni zati cuba minum air ni la.. Tapi masam sikit.. siapa yang ada gastrik dinasihatkan agar alas perut dulu. okay.. nak buat air detoks ni senang jer.. korang rebus 2 cawan air, dan masukkan lemon, asam keping , halia dan serai.

Rebus sampai jadi secawan air. then minum suam suam. Yang mana perut kembung boleh la try. zati cuba dalam 2 minggu kot. lepas tu tak larat dah nak buat hari hari.. sebab zati terlebih rajin kot. hihi. mohon paham. 

Lepas tu dah lama tinggal, tapi setiap kali nak period sangat tak selesa. Zati ni memang jenis perut mudah kembung. so zati cari solution lain untuk membantu mengempiskan perut. pada masa yang sama nak cepat.. kiranya buat terus minum. haa.. gitew.


Disebabkan itu zati guna Teatox by Sisfel. Yang ni pon membantu buang angin dalam perut. Adik ipar minum asyik sendawa jer dia kata. lagi best minum air teatox ni dia tak buat kita cirit birit. So bila toksin keluar, perut mudah kempis.



Air teatox ni ada bahan daripada rosel, halia, serai, daun pudina, asam keping, bunga teratai dah teh hijau.. semuanya semula jadi dan selalamt insyaa Allah.

Nak tengok testimoni tak? tapi kalau guna sekali dengan felinna hot lotion kesan lagi kebaboom..


Macam mana nak order? boleh klik link wassap di bawah ini

Klik link >>> saya nak order teatox

Buffet Ramadhan Murah di Bangi : Hotel Tenera


Assalam bismillah.

Harini zati nak share salah satu buffet Ramadhan yang terdapat di Bangi. Tahun lepas dah merasa keenakan Buffet Ramadhan di Hotel Tenera nih. Kalau tahun lepas sedap, tahun ni mesti lagi sedap kan? hihi

Buffet Ramadhan Tenera Hotel

Bertemakan Sinar ramadhan, buffet kali ini menampilkan lebih 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan traditional dan autentik yang bakal menarik perhatian penganjung.

Bermula 1 April sehingga 30 April, harga promosi adalah RM 68 sahaja.. sila booking cepat yer sebab korang tak akan menyesal dengan menu yang disediakan. Terlalu banyak dan sangat sedap. Secukup rasa orang kata. Harga sebenar RM 98.

Buffet Ramadhan Tenera Hotel

Antara menu yang disediakan di Buffet Ramadhan Tenera Hotel  ialah Kambing Golek Pesto Caracas, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng " Mae Pranom", Mee Rebus Tulang  Rawan/ Gear box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Saodah, Dimsum, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.


Lauk pauk dan ulam ulaman jangan lupa. Ini pon boleh buat korang asyik tambah makanan jer. Antara menu lauk yang sempat zati rasa ialah Kari Kepala Ikan Salmon, Siput Sedut masak lemak,  Ada lauk ayam dan banyak sangat kerabu. Ya Allah rambang mata nak makan yang Mana satu dahulu.


Tak lupa juga pelbagai "dessert" dan makanan sampingan  yang disediakan. Ada puding, kek, buah buahan, somtam, oden, pisang goreng, jemput jemput, dan macam macam lagi lah.


Kali ni Buffet Ramadhan di Hotel Tenera dibuat di Ballroom dimana ia lebih memudahkan untuk korang pergi solat Maghrib kerana berdekatan dengan surau. Selain itu, pihak hotel juga mengadakan solat terawih di surau yang disediakan.. So lepas makan boleh la terus solat.


Tips zati bagi yang suka pergi ke buffet ramadhan ini, jangan ambil nasi banyak sangat. Jangan minum air banyak sangat.. Then ambil lauk sikit sikit sahaja. So nanti boleh rasa semua.



So untuk tempahan boleh tengok details di bawah ini 

PROMOSI RM 68 BERMULA 1 APRIL 2019- 30 APRIL 2019

TEMPAHAN : 019 385 4796

FACEBOOK : hoteltenera

INSTAGRAM : Tenera Hotel