Buffet Ramadhan Murah di Bangi : Hotel Tenera


Assalam bismillah.

Harini zati nak share salah satu buffet Ramadhan yang terdapat di Bangi. Tahun lepas dah merasa keenakan Buffet Ramadhan di Hotel Tenera nih. Kalau tahun lepas sedap, tahun ni mesti lagi sedap kan? hihi

Buffet Ramadhan Tenera Hotel

Bertemakan Sinar ramadhan, buffet kali ini menampilkan lebih 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan traditional dan autentik yang bakal menarik perhatian penganjung.

Bermula 1 April sehingga 30 April, harga promosi adalah RM 68 sahaja.. sila booking cepat yer sebab korang tak akan menyesal dengan menu yang disediakan. Terlalu banyak dan sangat sedap. Secukup rasa orang kata. Harga sebenar RM 98.

Buffet Ramadhan Tenera Hotel

Antara menu yang disediakan di Buffet Ramadhan Tenera Hotel  ialah Kambing Golek Pesto Caracas, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng " Mae Pranom", Mee Rebus Tulang  Rawan/ Gear box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Saodah, Dimsum, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.


Lauk pauk dan ulam ulaman jangan lupa. Ini pon boleh buat korang asyik tambah makanan jer. Antara menu lauk yang sempat zati rasa ialah Kari Kepala Ikan Salmon, Siput Sedut masak lemak,  Ada lauk ayam dan banyak sangat kerabu. Ya Allah rambang mata nak makan yang Mana satu dahulu.


Tak lupa juga pelbagai "dessert" dan makanan sampingan  yang disediakan. Ada puding, kek, buah buahan, somtam, oden, pisang goreng, jemput jemput, dan macam macam lagi lah.


Kali ni Buffet Ramadhan di Hotel Tenera dibuat di Ballroom dimana ia lebih memudahkan untuk korang pergi solat Maghrib kerana berdekatan dengan surau. Selain itu, pihak hotel juga mengadakan solat terawih di surau yang disediakan.. So lepas makan boleh la terus solat.


Tips zati bagi yang suka pergi ke buffet ramadhan ini, jangan ambil nasi banyak sangat. Jangan minum air banyak sangat.. Then ambil lauk sikit sikit sahaja. So nanti boleh rasa semua.



So untuk tempahan boleh tengok details di bawah ini 

PROMOSI RM 68 BERMULA 1 APRIL 2019- 30 APRIL 2019

TEMPAHAN : 019 385 4796

FACEBOOK : hoteltenera

INSTAGRAM : Tenera Hotel

Post a Comment

0 Comments