Buffet Ramadhan 2019 di Bangi Golf Resort


Assalam. Bismillah.

Hai.. Bulan puasa tinggal lagi beberapa hari jer. So dah plan nak berbuka di mana? Disebabkan zati pon duduk area Bangi, so zati suggest Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort la sebagai tempat berbuka puasa tahun ini. Tahun ini, mereka berkonsepkan “ Iftar Sesama”


Memang setiap tahun kami akan berbuka puasa dekat sini sebab Buffet Ramadhan di BGR antara pakej termurah yang terdapat di Bangi. Hanya serendah RM 59 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak kanak, kita akan disajikan dengan lebih 200 jenis juadah yang disediakan. Antaranya ialah masakan melayu dan barat.. Lauk lauk kampung orang kata. Yang ni lagi sedap la makan. Ada pulak ulam ulam dan juga pelbagai aneka sambal.. memang sedap.


Kalau korang nak tahu, ulam ulaman yang disediakan itu adalah hasil tanaman daripada pihak BGR sendiri. Sebab itu ulam dia fresh. Contoh macam nasi kerabu. ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, semuanya chef mereka yang petik sendiri.. Nasi kerabu ni, dia punya ayam goreng berempah tak tahu la kenapa sedap sangat.. huhu. Makan pulak dengan pelbagai jenis kerabu, pastu letak budu sikit.. Fuuhh.. merecik.. hihi. Tapi ambil dalam kuantiti sikit sikit yer.. takut nanti lauk lain tak makan pulak.. hihi..



Next korang kena cuba nasi ayam dia. Memang sedap sangat. Ni menu wajib kena try kalau berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Yang ni zati rasa lebih sikit. Hihi. Sos dia padu.

Tapi biasanya buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni, menu yang menyebabkan barisan panjang adalah semestinnya kambing bakar.. sebelah kambing bakar tu pulak ada sup tulang kambing mamak , yang ni boleh makan dengan roti. Lagi satu barisan tu pulak ada satay, mee dan kuew tiau goreng. Yang ni kena beratur awal sikit. Hihi.


Bagi yang nak makan nasi putih, korang boleh dapatkan menu Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak. Atau kalau nak cuba masakan western boleh cuba Sous Vide Egg dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga seperti Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.


Last sekali kita makan makan manis pula. Antara dessert yang disediakan oleh Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort  ialah Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.




Untuk pengetahuan korang juga. Buffet Ramadhan di Bangi Golf resort akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannyasepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). So korang menikmati buffet Ramadhan sambal beramal.


Kemudahan lain yang terdapat di BGR ialah surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Selain itu, disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.

Jika berminat untuk berbuka puasa disini, sila lihat details di bawah ini


Untuk Tempahan : KLIK DI SINI

Alamat: 
No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557

Email: enquiry@bgrrest.com







0 comments:

Post a Comment