Jom Berhari Raya Dengan Quaker Oats



Assalam.. Hai semua.

Macam mana hari raya? Mesti seronok kan.. Zati tahun ni kurang sedikit sebab seminggu sebelum raya zati kena demam denggi.. Adoi macam macam.. Selera makan pon tak ada.. Makan apa semua pahit.. Sekarang dah sihat sikit.. Rasa macam nak makan balik apa yang tak dapat makan haritu.

Disebabkan itu zati nak share biskut oat onde onde .. Alaaa.. macam kuih buah melaka tapi versi biskut.. Haa gitu.. Tapi sebelum tu nak cerita sedikit pasal Quaker Oats

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Okay.. sedikit fakta dan seterusnya kita layan resepi Biskut Oat Onde Onde Quaker


Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Saiz Hidangan: 35

Bahan-Bahan

·         130g Quaker Instant Oatmeal
·         130g tepung
·         20g kelapa parut kering
·         20g serbuk santan
·         ½ sudu teh soda penaik
·         ¼ sudu teh garam
·         125g marjerin
·         30g gula perang
·         50g gula kabung (gula melaka), diparut
·         60ml minyak canola
·         1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
·         Gula melaka cair (untuk hiasan)
·         Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara

1.      Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
1.   Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan. 
1.   Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
2.     Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
3.   Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.


Boleh dapatkan pelbagai resepi lain di www.quaker.com.my

SELAMAT MENCUBA SEMUA






1

Resepi Nasi Goreng Sedap

Assalam. Bismillah.

Hai semua. harini nak share resepi mudah dan ringkas iaitu nasi goreng pedas sedap dan menyelerakan. hihi. kemain panjang tajuk resepi nasi goreng.

Ni resepi daripada mertua zati. 1st time makan memang sedap. ni kalau husband zati masak, memang abis la diet. Memandangkan sekarang musim raya, lauk raya dah tak boleh masuk, dalam kepala dok pikir nak nasi goreng pedas berapi jer.

Bahan Bahan Nasi Goreng Pedas Berapi

Bawang besar 1 biji
Bawang Putih  5 ulas
Cili Padi Segenggam
Ikan bilis senggengam

Sebenarnya bahan bahan tu main agak agak jer.. Banyak nasi, banyak la bahan tu. Korang jangan serius pulak dalam memasak ni.. style zati campak campak jer.. huhu.. sedap makan banyak, kalau kurang sedap cuba lagi. 

nasi goreng berlada


Cara memasak nasi goreng.

Semua bahan di atas korang tumbuk atau pon guna chopper sahaja. kalau blender dia jadi kurang sedap. Mula mula tumbuk bawang lada dulu, last sekali baru ikan bilis. Dah siap semua tumis sehingga garing dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Then masukkan nasi. Bila dah rata, pecah kan telur, goreng sampai garing. Dah siap.. Simple simple jer masak wak.. Ini kalau makan tengah malam, kompem tak sedar diri dah. huhu. 

Ni pon macam nasi goreng kampung la.. Kalau nak tambah ayam, daging , udang, sayur pon boleh. Ikut masing masing la.