Jom Berhari Raya Dengan Quaker Oats



Assalam.. Hai semua.

Macam mana hari raya? Mesti seronok kan.. Zati tahun ni kurang sedikit sebab seminggu sebelum raya zati kena demam denggi.. Adoi macam macam.. Selera makan pon tak ada.. Makan apa semua pahit.. Sekarang dah sihat sikit.. Rasa macam nak makan balik apa yang tak dapat makan haritu.

Disebabkan itu zati nak share biskut oat onde onde .. Alaaa.. macam kuih buah melaka tapi versi biskut.. Haa gitu.. Tapi sebelum tu nak cerita sedikit pasal Quaker Oats

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Okay.. sedikit fakta dan seterusnya kita layan resepi Biskut Oat Onde Onde Quaker


Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Saiz Hidangan: 35

Bahan-Bahan

·         130g Quaker Instant Oatmeal
·         130g tepung
·         20g kelapa parut kering
·         20g serbuk santan
·         ½ sudu teh soda penaik
·         ¼ sudu teh garam
·         125g marjerin
·         30g gula perang
·         50g gula kabung (gula melaka), diparut
·         60ml minyak canola
·         1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
·         Gula melaka cair (untuk hiasan)
·         Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara

1.      Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
1.   Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan. 
1.   Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
2.     Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
3.   Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.


Boleh dapatkan pelbagai resepi lain di www.quaker.com.my

SELAMAT MENCUBA SEMUA






1

Post a Comment

0 Comments