Deodoran Protect & Care NIVEA Membantu Masalah Kulit Bawah Lengan

Assalam. Bismillah..

Hai semua.. Jangan biarkan masalah kulit di bawah lengan menganggu hari hari anda. Ermm, dah macam iklan kan tapi sebenarnya inilah yang menganggu perasaan orang di luar sana tidak kira wanita ataupon lelaki. Ramai yang aktif bekerja seharian, so penjagaan bawah lengan memerlukan perhatian yang lebih.

NIVEA

Pelbagai cara untuk membuang bulu di bawah lengan. Ada yang mencukur dan ada juga yang mencabut. Sebenarnya pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan menjadi punca masalah pada kulit bawah lengan. Jadi, cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan NIVEA Protect & Care.


Nama Nivea tidak asing lagi di kalangan masayarakat kita. Pelbagai jenis produk Nivea sudah berada di pasaran tetapi hari ni Zati nak fokus kepada Deodoran Nivea Protect & Care. Ianya diperkayakan dengan esen NIVEA cream, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendIri dan haruman yang lembut. Deodoran Nivea Protect & Care juga memberikan kesegaran 48 jam dan menjadikan kulit bawah lengan lembut dan licin.

Untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kulit bawah lengan Deodoran Nivea Protect & Care menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 October 2017 ( Ahad). Acara larian sejauh 5km ini akan berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Bukan larian sahaja, malah pelbagai aktivi menarik disediakan seperti kesedaran penjagaan kulit bawah lengan dan cabutan bertuah. Para peserta juga akan memiliki pek hadiah ekslusif daripada NIVEA Protect & Care.


Untuk pengetahuan semua juga, sebahagian daripada yuran penyertaan Nivea Care Run ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia ( PENYAYANG). Acara ini juga disertai oleh artis Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie.

Jom semua daftarkan diri di  Nivea Care Run di www.niveacarerun.com.my . Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 65 dan setiap seorang peserta akan memiliki kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM 100. 


Seperti biasa, kalau korang nak dapatkan produk NIVEA nih, korang boleh dapati di semua kedai dan pasar raya hiper seluruh negara. Deodorant Protect & Care roll on 50 ml dan Deodoran NIVEA Protect Protect & Care Spray 150 ml dijual pada harga RM 17.50 dan RM 11.30.

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook NIVEA www.facebook.com.mynivea.


Jom semua berlari sambil beramal di NIVEA Care Run Putrajaya pada  29 October 2017.

Stunning By Enchanteur Menyerlahkan Kesempurnaan

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Lama zati tak update entry. Sekarang ni free sikit. So, harini rasanya nak cerita pasal minyak wangi la.. Nak cerita tentang Enchanteur.. Actually bukan minyak wangi jer ada, tapi macam macam ada kan? Paling penting, product Enchanteur ni memang dah lama wujud dekat negara kita, Dari kita zaman kecik lagi.  Product tak lapuk dek zaman orang kata. 


Baru baru ni ada keluaran terbaru. Kalau tak silap nama dia Stunning. Stunning by Enchanteur ni adalah mix Turkish Rose dan Magnolia. Bau dia macam manis manis sikit sebab diorang lebihkan lagi kemanisan daripada Blackcurrant Bud dan Rasberry. Hmm.. No wonder berebut dengan Jasmeen.. huhu. Yang ni pon not bad jugak taw bau dia. Bagi zati bau lembut dan manis. Padanla dengan tajuk entry nih, Stunning By Enchanteur Menyerlahkan Kesempurnaan. Meletop taw.. 

Macam collection yang lain juga, bukan untuk perfume sahaja tapi semua jenis ada untuk Stunning Enchanteur nih. Ada losyen, deodoran,bedak dan juga body mist. Kalau ikutkan semua nih zati pakai. Feveret Jasmeen adalah losyen. Bab losyen ni teringat dekat housemate dulu. Sebelum tidur mesti pakai losyen dulu. Yerla, nak tido dalam wangi dia kata.. hihi. So lepas ni boleh la pakai losyen yang daripada Stunning Enchanteur  pulak.


Perasan tak design perfume dia lain sikit kan? Mula mula zati dapat dulu rasa macam woooww! Cantiknya design dia. Rupanya baru zati tau yang design botol minyak wangi nih ada maksud tersendiri. Untuk penutup botol tu dia ala ala kelopak bunga. Lepas tu botol dia pulak berbentuk seperti wanita yang pakai gaun berlipat style duyung macam tu.. Lepas tu bila dah sembur minyak wangi nih, rasa macam tengah cat walk dekat fashin show gitu. Melangkah penuh dengan gaya yang cantik dan yakin.. Waahh. kemain feeling.. huhu. May be macam nih la diorang nak sampaikan maksud tu.. hihi. Terbaiklah collection Stunning by Enchanteur nih.

STUNNING ENCHANTEUR 1

Untuk harga rasanya semua orang tau yang product Enchanteur ni memang mampu milik. Contohnya untuk perfume Stunning by Enchanteur  / Enchanteur Eau De Toilette nih, harga dia RM 28.20 (50 ml).

Losyen Stunning Enchanteur pula ada pelbagai size. Harga bermula dari RM 5.40 hingga RM 17.60.

Deodoran Stunning Enchanteur  pula ada macam macam design. Ada yang format/stik, bebola dan juga spray. Harga dari RM 4.40 hingga RM 11.80.



Dekat mana nak beli? Banyak tempat boleh beli di semua rangkaian pasaraya besar dan juga farmasi. Ataupon korang boleh refer FB dan website Enchanteur.







Okay semua. Jom serlahkan aroma keanggunan mempesona daripada Stunning Enchanteur.