Deodoran Protect & Care NIVEA Membantu Masalah Kulit Bawah Lengan

Assalam. Bismillah..

Hai semua.. Jangan biarkan masalah kulit di bawah lengan menganggu hari hari anda. Ermm, dah macam iklan kan tapi sebenarnya inilah yang menganggu perasaan orang di luar sana tidak kira wanita ataupon lelaki. Ramai yang aktif bekerja seharian, so penjagaan bawah lengan memerlukan perhatian yang lebih.

NIVEA

Pelbagai cara untuk membuang bulu di bawah lengan. Ada yang mencukur dan ada juga yang mencabut. Sebenarnya pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan menjadi punca masalah pada kulit bawah lengan. Jadi, cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan NIVEA Protect & Care.


Nama Nivea tidak asing lagi di kalangan masayarakat kita. Pelbagai jenis produk Nivea sudah berada di pasaran tetapi hari ni Zati nak fokus kepada Deodoran Nivea Protect & Care. Ianya diperkayakan dengan esen NIVEA cream, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendIri dan haruman yang lembut. Deodoran Nivea Protect & Care juga memberikan kesegaran 48 jam dan menjadikan kulit bawah lengan lembut dan licin.

Untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kulit bawah lengan Deodoran Nivea Protect & Care menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 October 2017 ( Ahad). Acara larian sejauh 5km ini akan berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Bukan larian sahaja, malah pelbagai aktivi menarik disediakan seperti kesedaran penjagaan kulit bawah lengan dan cabutan bertuah. Para peserta juga akan memiliki pek hadiah ekslusif daripada NIVEA Protect & Care.


Untuk pengetahuan semua juga, sebahagian daripada yuran penyertaan Nivea Care Run ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia ( PENYAYANG). Acara ini juga disertai oleh artis Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie.

Jom semua daftarkan diri di  Nivea Care Run di www.niveacarerun.com.my . Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 65 dan setiap seorang peserta akan memiliki kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM 100. 


Seperti biasa, kalau korang nak dapatkan produk NIVEA nih, korang boleh dapati di semua kedai dan pasar raya hiper seluruh negara. Deodorant Protect & Care roll on 50 ml dan Deodoran NIVEA Protect Protect & Care Spray 150 ml dijual pada harga RM 17.50 dan RM 11.30.

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook NIVEA www.facebook.com.mynivea.


Jom semua berlari sambil beramal di NIVEA Care Run Putrajaya pada  29 October 2017.

Post a Comment

1 Comments

  1. Nak berlari juga, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan..huhu

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)