Footlink Shah Alam : Kedai Kasut Kesihatan Bagus Untuk Wanita Dan Lelaki

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. harini zati nak kongsikan keterujaan zati mencuba kasut di kedai Footlink Shah Alam. Kenapa zati kata teruja? Sebabnya kasut jenama Footlink ini sangat selesa dan bagus untuk penjagaan kesihatan kita. Sebelum ni zati tak tahu pon kewujudan kedai kasut Footlink ni. Tapi bila tahu, rasanya memang wajib beli la. Terutamanya untuk mak ayah kita.

footlink seksyen 13 shah alam

Sebenarnya kasut jenama Footlink ini dah lama berada di pasaran. Footlink di Seksyen 13 Shah Alam ni adalah outlet yang ke 31. Tapi kenapa zati tekankan Footlink di Shah Alam ni? Haaa. sila baca sampai habis yer. Ada berita menarik di hujung cerita. hihi.

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

Okay, zati ceritakan sedikit kenapa korang perlu menggunakan kasut jenama footlink sebagai kasut pelengkap hari korang. Sebenarnya, reka bentuk kasut footlink ini memberikan keselesaan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti Plantar Faciitis,  sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, bunion, flat feet, callous & corn, heel spur dan postur badan yang lemah. Biasanya masalah ini sering dihadapi oleh ibu ayah kita kan? Jadi tak kan la kita nak biarkan mak ayah kita pakai kasut yang tak selesa. Bila pakai kasut ni, insyaa Allah. sakit lutut atau sakit tapak kaki mereka akan berkurangan.


Selain itu, kasut jenama footlink ini juga terdiri daripada kasut lelaki, kasut perempuan, kasut sukan, kasut diabetic, kasut orthotics, kasut keselamatan (safety shoes) dan kasut unit beruniform. Adik ipar zati seorang nurse. Dia pon cakap, kasut footlink ni memang best. Dah 3 tahun dia guna. Tahan lagi sampai sekarang. Tapak dia lembut jer. Kita faham macam mana kerja nurse kan? Busy sana sini nak memastikan pesakit dalam keadaan okay. Ini kalau kaki nurse pon nak jalan sakit, macam mana nak rawat orang?

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

Selain kasut, di kedai footlink ini juga terdapat sarung kaki yang membantu memberikan keselesaan kepada si pemakai. Antara kelebihannya ialah Non Binding, Moisture Control (cotton), cushion Padding dan Seamless Toe Closure. Okay, kita ni kena pakai sarung kaki sebab tempat kita ni lembap. Kepam nanti kalau pakai kasut bertutup tapi tak pakai sarung kaki atau memakai yang salah jenis. Kalau yang ni memang mengawal kelembapan. Lagi satu, sarung kaki ini tidak memerut. jadi mudah pengaliran darah mengalir. Contoh korang pakai stokin ketat, lepas tu terikat kemas dekat betis tu. Rasa tak selesa kan? bila bukak ada kesan  bekas. haa. sebab tu kena pakai  sarung kaki yang sesuai.



Lagi satu, kelebihan Footlink ini juga adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah seperti kaki bengkak. Contoh yang mempunyai masalah gout/ Diabetis. Kaki dia membengkak kan? macam mana nak pakai kasut kalau kaki bengkak? last last pakai selipar jer. Lepastu nak keluar berjalan rasa tak yakin je. Yer la, nanti orang tengok kaki macam mana? Haaa. Footlink adalah penyelamatnya. Terdapat design kasut footlink yang membantu si pemakai untuk adjust mengikut kondisi kaki kita. 


footlink seksyen 13 shah alam

Bagi yang nak bergaya jangan risau. Ada juga koleksi yang intrend dan up to date. Sebab itu ianya sesuai untuk penggunaan semua.. Awak nak pakai heels boleh je tapi kaki kita ni hanya mampu bertahan 2 jam sahaja.. Tak pon awak cuba la koleksi ini. Nampak cantik dan kemas kan? Kasut ini selesa sebab di tengah nya adalah getah. Sesuai juga untuk pergi bekerja. Ada juga design yang lain. Haaa. lagi satu nak cerita. Better korang datang sendiri ke kedai. Nanti mereka akan memilih kasut yang sesuai dengan jenis kaki kita. 


Okay last sekali nak bagitahu, bagi sesiapa yang shopping kasut di Footlink Seksyen 13 Shah Alam. Anda semua berpeluang untuk mendapat FREE GIFT daripada pihak Footlink. Caranya mudah sahaja, sebelum membayar di kaunter sila gunakan kod BLOG MUMMYJASMEEN atau tunjukkan sahaja article ini. Sah sehingga hujung bulan December 2019.


So kalau nak dapatkan kasut yang cantik dan sangat selesa boleh datang disini. Semua details ada di bahagian bawah ini.

footlink seksyen 13 shah alam

Alamat :
No. 86, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Hotline : +6011-1869 6172 

Waktu Operasi : 10am - 7pm (Setiap hari) 

InstagramFootlink13Shah Alam

Post a Comment

3 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)