Makanan Sedap Di IOI City Mall Putrajaya : Pak John Steamboat

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. Harini zati nak share tempat makan steamboat yang best. Nama kedai dia adalah Pak John Steamboat. Siapa penggemar steamboat, zati suggest korang cuba la dekat sini. Memang best. Ini kali ke berapa ntah kitorang pergi makan dekat sini. Kiranya kalau mengidam steamboat jer, mesti kami pilih Pak John Steamboat. hihi.

PAK JOHN STEAMBOAT

Kebiasaannya kami akan pergi ke E Curve Damansara tu ha, semata mata nak makan steamboat.. Gigih tak?  Bab makan kita kena pergi tempat yang sedap. Biar makan puas hati. Makan sedap, hati pon senang. hihi. Tapi sekarang dah tak perlu bersesak jem bagai sebab Pak John Steamboat dah ada dekat Ioi City Mall Putrajaya.. Wahh.. dekat sangat. Kalau dari Kajang ke IOI ambil masa dalam 20 minit macam tu.. huhu.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Nak tau tak sebab apa kami suka Pak John Steamboat? Sebab ini antara restoran steamboat yang menyediakan makanan yang segar. Dia punya seafood sangat la fresh. Antara seafood yang ada ialah ketam, kupang, udang, sotong, lala, pahat, kepah, dan macam macam lagi.  Zati memang penggemar seafood so memang ber jam jam la makan dekat sini.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Selain seafood, ada pelbagai menu lagi yang menarik. Antaranya ialah sayur sayuran segar, pelbagai jenis bebola, daging dan ayam yang diperap khas dengan pelbagai perisa, daging yang diimport daripada Australia,  aneka jenis mee dan macam macam lagi. Apa yang zati suka dengan Pak John Steamboat, selain bahan bahan yang fresh, kami suka dengan kuah sup dia. Pilihan kami adalah sup udang. Kalau ikutkan nak tomyam tapi takut Jasmeen tak tahan pedas pulak. Sup udang dia memang sedap. Kalau tak percaya, meh cuba.. huhu.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Selain itu, di Pak John Steamboat juga, terdapat pelbagai lagi makanan tambahan. Ada nasi goreng, mee goreng, dim sum, waffles, aiskrim dan pelbagai jenis air. Di antara keunikan Pak John Steamboat adalah, mereka menyediakan pelbagai jenis sos untuk dicicah bersama daging grill. Ya Allah, sambil tulis rasa macam lapar la pulak. hihi. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Lepas ni kalau ke IOI City Mall Putrajaya, kitorang memang akan pergi ke Pak John Steamboat la. Lokasi dia adalah di Ground Floor.. Area Starbuck, Coffe Bean. Alaaa.. Dekat area air pancut tu. Di bahagian luar. 

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Nak tahu lebih lanjut mengenai Pak  John Steamboat ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah ini. Oh yer.. Sebelum terlupa. Zati nak bagi tahu yang Pak John Steamboat ini adalah HALAL so boleh makan tanpa was was. hihi

PAK JOHN STEAMBOAT


Selangor
Pak John Steamboat
@curve Mall, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor
03-77333913

Putrajaya
Pak John Steamboat
LOT GE-11 Ground Floor
IOI City Mall Putrajaya
03-8957 1128













Post a Comment

4 Comments

  1. banyak pilihan !!! bestnye !! dah la kami satu keluarga ni memang kaki steamboat.. tapi suka pergi yang brand SG tu jek.. ni ada pilihan lain, boleh la try.. hee~

    ReplyDelete
  2. adoii lapar lah pulak..last mkn stimbot 2 tahun lepas hahaha

    ReplyDelete
  3. Keeping in mind the end goal to support and increment its client base, the eateries are putting forth a scope of offices under this class of administration. ronzio pizza east providence

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa nampak! Nanti nak try lah :)

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)