Hai semua. Tak lama lagi cuti sekolah kan? Apa kata korang bawak satu keluarga pergi bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. At least korang tak ada lah penat nak drive jauh jauh ke luar negeri. Ni bonus yang tinggal area KL dan Selangor la. Contoh kalau dari KL nak ke De Palma Eco Resort Kuala Selangor ambil masa dalam 1 jam lebih macam tu sebab hanya 68km.
Kenapa Zati suggest korang stay di De Palma Eco Resort Kuala Selangor? Sebab kalau korang menginap di sini, korang akan menjimatkan masa untuk pergi ke kawasan yang menarik di sekitar Kuala Selangor. Semua tempat yang Zati pergi tu ambil masa dalam 10 minit jer nak sampai.. Dekat kan?
Okay. Jom kita tengok tempat menarik di sekitar Kuala Selangor dulu lepastu baru cerita pasal De Palma Eco Resort. Nak bagi mood korang berkobar kobar sikit nak tinggal dekat sini. hihi
Yang pertama, kalau korang datang ke Kuala Selangor, korang boleh cuba pergi ke Bukit Malawati Kuala Selangor. Dekat sini banyak monyet taw. Tapi jangan risau. Jinak semua ni. Kalau korang behave, diorang pon behave. hihi. Area berdekatan ada lagi tempat bersejarah zaman British.
Next kita pergi ke Taman Alam pula. Dekat sini korang boleh tengok keindahan alam semula jadi. Bawa anak bagus la, bagi diorang kenal dengan semua ni. Dekat sini kalau nak berjalan dalam 3.5km dan ambil masa dalam masa 1 jam.
Lepas dah tengok keindahan bumi hijau, kita pergi ke pantai pulak. Korang pernah dengar Sky Mirror? Haa.. kat sini cantik taw. Keunikan tempat nih, kalau kita bergambar dekat sini, nampak la pantulan gambar kita. Pergi sini pakai baju terang sikit. Baru cantik.
Ni aktiviti waktu siang. Untuk sebelah malam pulak, korang boleh tengok kelip kelip. Untung pergi Kuala Selangor nih, macam macam boleh tengok. Bukan senang kan nak tengok kelip kelip nih. Nak tengok kelip kelip ni kena naik perahu. Satu perahu boleh muat dalam 4 orang. Lokasi kelip kelip di Kampung Kuantan Kuala Selangor.
*****************
Dah penat berjalan, kita view pulak suasana menarik di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Family Zati ambil Junior Suite ( Family Room) yang berharga RM 195. Antara kelengkapan bilik yang ada ialah penghawa dingin, tv LCD, pemanas air, peti sejuk dan katil bersaiz Queen. Perkara yang paling menarik di De Palma Eco Resort Kuala Selangor nih adalah ianya Syariah Compilant. Setiap kali masuk waktu solat, azan akan berkumandang dan ada solat jemaah. Bukan senang nak cari resort macam nih. Good job De Palma Eco Resort Kuala Selangor.
Then, kalau korang nak tau, De Palma Eco Resort Kuala Selangor sangat sesuai kalau nak buat team building. Kalau ada organisai yang nak lakukan aktiviti outdoor, boleh jer nak buat dekat sini. Kiranya semua kemudahan ada. Untuk pakej team building harga adalah RM 188 /NET, minima 20 pax. Pakej nya merangkumi penginapan satu malam, termasuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Dan mempunyai 2 organise team building instructor. Lagi satu korang berpeluang untuk bercamping di dalam resort.. Ini antara tarikan terbaru di De Palma Eco Resort Kuala Selangor.
Last sekali kita cerita bab makan. hihi. Makanan dekat sini memang sedap. Sampaikan zati tak larat nak makan dah. hihi. Antara menu yang disediakan bertemakan Western Food, Masakan Kampung, BBQ dan juga tema Bollywood. Untuk bulan November & December ini pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor ada food promotion iaitu bertemakan Catch of The Day (November ) dan Seafood Basket (December ). Sebagai penggemar seafood, rasa macam nak datang lagi la bulan December nanti. hihi.
Hmm.. macam mana? Banyak aktiviti menarik kan kalau stay dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Mesti korang tak bosan. Kalau buat family day dekat sini pon sangat seronok. Lagipon harga pon masih berpatutan. Kelebihan bagi kakitangan kerajaan, mereka ada potongan harga lagi. So, kalau korang nak menginap disini boleh rujuk maklumat di bawah.
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Contact Number
03 3289 7070
Faks
03 3489 7080
Email
info@depalmahotel.com
3 Comments
wah bestnya aktivi dengan alam sekali sekala pun best.
ReplyDeleteBestnya! nak pergi kena pergi ramai-ramai baru meriah macam ni
ReplyDeletepernah stay sini masa outtstaion kuala sgor...syok la tgk geng blogger beraktiviti ke sini..cantik yg dkt sky mirror tu
ReplyDelete