Pelancaran Buku Gaya Untuk Berjaya Daripada Hafiz Mustapha, Cute Carry

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah.. Di hujung syawal haritu, sempat lagi kitorang menghadiri rumah terbuka yang di anjurkan oleh Cute Carry Sdn Bhd. Bukan sekadar rumah terbuka sahaja, pihak Cute Carry Sdn Bhd juga telah melancarkan sebuah buku yang berjudul Gaya Untuk Berjaya

Buku Gaya Untuk Berjaya by Hafiz Mustapha

Bila sampai je majlis tu, kitorang di sambut sendiri oleh pengasas Cute Carry Sdn Bhd, Tuan Hafiz Mustapha. Ya Allah, humble sangat orangnya.. Jarang tau nak jumpa pengasas macam ni. Turun padang sekali melayan tetamu. hihi. Okay, meh la sini kita story mory pasal Tuan Hafiz Mustapha ni. Kalau korang nak tau, Tuan Hafiz Mustapha ni seorang pakar dalam mengendalikan latihan untuk kakitangan kerajaan dan korporat dalam aspek pembangunan sahsiah diri, imej, komunikasi, pengendalian majlis, protokol, etiket sosial dan perniagaan. 

PERASMIAN PELANCARAN BUKU UNTUK BERJAYA

Selain itu juga, penulis buku Gaya Untuk Berjaya merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Tapi sekarang ni beliau adalah Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia. Semasa pelancaran itu, Tuan Hafiz ini ada cerita yang buku nya telah direject oleh 10 publisher buku yang terkemuka. Tapi selepas berjumpa dengan Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat, beliau teruskan juga menerbitkan buku Gaya Untuk Berjaya ni.


Apa yang best tentang buku Gaya Untuk Berjaya ni? Kalau korang nak tau, buku ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan empat elemen imej iaitu ABCD.
  • APPERANCE -PENAMPILAN
  • BEHAVIOR KELAKUAN/PROTOKOL DAN ETIKA
  • COMMUNICATION- KOMUNIKASI
  • DEVELOPMENT - PEMBANGUNAN DIRI DAN MOTIVASI
Perlancaran Buku Gaya Untuk Berjaya

Uniknya buku Gaya Untuk Berjaya ini sebab ianya memberitahu kita, bagaimana gaya itu boleh membuatkan kita berjaya. Haa. unik kan? Sebab sebelum ni kita berfesyen ikut suka hati kita jerkan. So, dengan adanya buku ni, kita dapat tau bagaimana gaya penampilan kita untuk bertemu dengan orang lain. Saya bagi satu contoh la, dalam buku ni dia ada bagitahu tips untuk memilih warna yang sesuai dengan kulit agar kita nampak berseri seri.


Korang rasa kan, siapa yang patut untuk baca Buku Gaya Untuk Berjaya nih? Haaa.. bagi zati satu rumah wajib ada buku ni. Sebab semua orang nak berjaya kan? hihi. Lagi satu buku ni jenis yang santai so korang tak pening nak baca. Kandungan pon berwarna warni. Memang menarik minat untuk membaca.

Harga pon sangat mampu milik. Dengan RM 50 sahaja korang dah boleh dapat buku Gaya Untuk Berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh dapatkan details di bawah ini.




Emel : training@cutecarry.com
cutecarry@yahoo.com

Whatsapp : 019-3376807

Contact : 03-8940680



Resepi Udang Masak Lemak Dan Kacang

Assalam. Bismillah.

Rajin pulak hari ni nak share resepi. hihi. Ni kali pertama zati buat udang masak lemak dengan kacang panjang, Biasa nya tak letak udang jer. Rupanya sedap jugak.. ahaha.. Tengok orang jer masak, kita pon nak try jugak.

Okay la. Jom layan resepi mudah udang masak lemak bersama kacang panjang.

udang masak lemak kacang panjang

Bahan bahan

Udang- 10 ekor
Kacang panjang
Santan
Bawang Merah - 5 ulas ( Dikisar)
Kunyit - 1 inci (Dikisar)
Garam
Gula

Cara memasak

Mula mula kisarkan bawang merah dan kunyit. Kalau zati tumbuk guna lesung batu jer sebab sikit kan. Kemudian bawang ni kita campurkan sekali dengan santan, udang, kacang panjang, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan kerap sehingga mendidih kemudian tutup api.. Sentiasa kacau kalau nak santan tu sedap. 

Taraaa.. dah siap.. mudah ke tak? ahaha.. macam ni la zati masak.. simple jer.. tapi insyaa Allah.. sedap uols.. huhu.





Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Minyak Di Baju

Assalam. Bismillah.

Lama dah blog ni menyepi. Hari ni mood rajin sikit nak share tips mudah untuk hilangkan kesan minyak di baju. Almaklumla, musim raya ni kan, setiap minggu pergi open house. Makan tak hengat la jawabnya.. hihi.

Kekadang kuah terpecik kat tudung. Nak nak kuah kari.. Pergh.. meninggalkan kesan yang mendalam taw.. huhu. Haritu masa raya, jasmeen tertumpahkan sesudu mee kari dekat gaun raya dia. Hadoi la. Dah la baru pakai, kena kuah kari pulak tu. Isk isk isk. Ingat senang ke nak hilangkan kesan minyak dekat baju nih?

Susah weh. Dah la baju tu mak cik jasmeen yang bagi. Serba salah dibuatnya. Lepas tu dok terpikir tips nak hilangkan kesan kotoran dekat baju yang dipesan oleh mak. Mak kata, kalau nak hilangkan kesan minyak nih, ambil bedak kemudian basuh lepas 30 minit macam tu. Nanti bedak tu akan serap minyak. Betul ke? Lagi satu tips nya ialah basuh guna sabun buku tu.. Korang buat macam mana?

Disebabkan banyak sangat tips, zati pon tanya lagi dalam satu group di FB. Waahh.. ramai yang response.. Alhamdulillah.. So, kat sini zati nak share semua tips untuk hilangkan kesan minyak di baju.

Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju.

1. Bedak

Ambil sedikit bedak kemudian sapukan di tempat yang terkena kotoran. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas menggunakan sabun biasa.

2. Sabun Buku Wangi

Alaa.. sabun wangi tu.. Ambil sabun tu kemudian gosok dekat baju. Then sental sental sikit, baru lah hilang.

3. Wipes Tissue Baby

Haa.. ni first time zati dengar. Ada orang komen, kalau baju terkena minyak, korang boleh basuhkan dengan wipes tissue. Tapi pada pendapat zati kalau lepas kena terus lap guna wipes tissue mungkin berhasil kot. Kalau lepas 2 3 hari baru lap, memang tak jadik la jawabnye.. huhu

4. Sabun Basuh Pinggan

Wooww.. Yang ni lagi menarik. Tak pernah terlintas di fikiran untuk basuh baju guna sabun basuh pinggan. Ada orang suggest guna Joy, Sunlight dan macam macam lagi.

*************

So.. dalam banyak banyak tips nih, korang tau tak zati pilih yang mana? hihi.. Untuk pengetahuan, zati dah basuh baju jasmeen, tapi kotoran tetap tak hilang. Dah seminggu lebih kot. kih3. Korang bayangkan betapa lama nye minyak tu beraya dekat baju Jasmeen.

The best result is dengan menggunakan cara ke 4. Guna sabun basuh pinggan.. hohoho.. Zati pakai sabun basuh pinggan jenama Axion tu.. Yeayy.. kesan hilang, warna baju tetap kekal.. Alhamdulillah,

Tetiba teringat ada sorang komen suruh letak clorox.. Memang tak la. Habisla baju Jasmeen nanti.. hihi