Pelancaran Buku Gaya Untuk Berjaya Daripada Hafiz Mustapha, Cute Carry

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah.. Di hujung syawal haritu, sempat lagi kitorang menghadiri rumah terbuka yang di anjurkan oleh Cute Carry Sdn Bhd. Bukan sekadar rumah terbuka sahaja, pihak Cute Carry Sdn Bhd juga telah melancarkan sebuah buku yang berjudul Gaya Untuk Berjaya

Buku Gaya Untuk Berjaya by Hafiz Mustapha

Bila sampai je majlis tu, kitorang di sambut sendiri oleh pengasas Cute Carry Sdn Bhd, Tuan Hafiz Mustapha. Ya Allah, humble sangat orangnya.. Jarang tau nak jumpa pengasas macam ni. Turun padang sekali melayan tetamu. hihi. Okay, meh la sini kita story mory pasal Tuan Hafiz Mustapha ni. Kalau korang nak tau, Tuan Hafiz Mustapha ni seorang pakar dalam mengendalikan latihan untuk kakitangan kerajaan dan korporat dalam aspek pembangunan sahsiah diri, imej, komunikasi, pengendalian majlis, protokol, etiket sosial dan perniagaan. 

PERASMIAN PELANCARAN BUKU UNTUK BERJAYA

Selain itu juga, penulis buku Gaya Untuk Berjaya merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Tapi sekarang ni beliau adalah Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia. Semasa pelancaran itu, Tuan Hafiz ini ada cerita yang buku nya telah direject oleh 10 publisher buku yang terkemuka. Tapi selepas berjumpa dengan Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat, beliau teruskan juga menerbitkan buku Gaya Untuk Berjaya ni.


Apa yang best tentang buku Gaya Untuk Berjaya ni? Kalau korang nak tau, buku ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan empat elemen imej iaitu ABCD.
  • APPERANCE -PENAMPILAN
  • BEHAVIOR KELAKUAN/PROTOKOL DAN ETIKA
  • COMMUNICATION- KOMUNIKASI
  • DEVELOPMENT - PEMBANGUNAN DIRI DAN MOTIVASI
Perlancaran Buku Gaya Untuk Berjaya

Uniknya buku Gaya Untuk Berjaya ini sebab ianya memberitahu kita, bagaimana gaya itu boleh membuatkan kita berjaya. Haa. unik kan? Sebab sebelum ni kita berfesyen ikut suka hati kita jerkan. So, dengan adanya buku ni, kita dapat tau bagaimana gaya penampilan kita untuk bertemu dengan orang lain. Saya bagi satu contoh la, dalam buku ni dia ada bagitahu tips untuk memilih warna yang sesuai dengan kulit agar kita nampak berseri seri.


Korang rasa kan, siapa yang patut untuk baca Buku Gaya Untuk Berjaya nih? Haaa.. bagi zati satu rumah wajib ada buku ni. Sebab semua orang nak berjaya kan? hihi. Lagi satu buku ni jenis yang santai so korang tak pening nak baca. Kandungan pon berwarna warni. Memang menarik minat untuk membaca.

Harga pon sangat mampu milik. Dengan RM 50 sahaja korang dah boleh dapat buku Gaya Untuk Berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh dapatkan details di bawah ini.




Emel : training@cutecarry.com
cutecarry@yahoo.com

Whatsapp : 019-3376807

Contact : 03-8940680



1 comments:

  1. dah mula baca buku ni. memang best. nak repeat baca lagi once dah habis

    ReplyDelete