Makanan Sedap Di IOI City Mall Putrajaya : Gula Petite

Assalam, Bismillah.

Hari ni officemate baru masuk office.. Dok pot pet dengan dia pasal cuti minggu lepas.. Hihi. dah macam budak sekolah cerita pengalaman bercuti.. So, zati cerita la pasal last week zati try one of the delicious cake yang zati pernah makan.. huhu. Kemain. terus speaking london. Zati pergi perlancaran Gula Petite di IOI City Mall Putrajaya.. Masa tengah cerita tu, siap suggest pergi waktu lunch nih. hihi.. Punya la excited nak makan kek yang sedap. 


Semalam zati post dekat instagram. Baru perasan yang sebelum ni, kawan zati memang selalu pergi ke Cake Cakery, Kota Kemuning. So, untuk Gula Petite nih, diorang boleh katakan ianya sebagai mini Gula Cakery atau cawangan kedua. Pengasas Gula Petite ni, Nor Arieni Adriena Binti Mohd Ridzal, ada buat kelas juga. Kalau korang nak tau, korang boleh search #gulaguru di instagram. Budak budak pon dah boleh belajar buat kek.. Hmm.. Mana tau one day boleh hantar Jasmeen belajar buat kek.. Nanti ibu dia boleh makan. Hahaha.. Motif sangat.



So, untuk hari itu, makanan pertama yang zati rasa di Gula Petite adalah Ferrero Rocher Chocolate Cake. Rasa dia sangat sedap. Rasa kek yang sangat lembut, ada pulak nutella, hmm dia punya kesedapan zati bagi tagline, makan makan pengsan.. hahaha.. Ni yang zati rasa bila makan sedap sangat. Zati bukan penggemar kek. So, jarang la makan kan. Tapi bila dah rasa sedap macam nih, rasa macam nak pergi lagi.. hihi. Si Jasmeen pulak rasa karipap. Karipap ni sedap sebab inti penuh, tak berapa pedas, dan kulit nya rapuh. Sebiji karipap tu habis kat Jasmeen sorang jer. hihi.



Tapi bukan ni sahaja yang ada, pelbagai jenis kek, pastries, sandwish dan hidangan minuman sejuk dan panas ada disini.  Tapi mengikut pengasas Gula Petite ni, antara hot seller adalah kek Pandan Gula Melaka. Banyak lagi kek yang lain tapi yang menarik, untuk Gula Cakery dan Gula Petite ni, mereka akan menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari dan menukar jenis kek setiap minggu.. Hmm. Kalau macam nih, tiap tiap minggu la kena makan. hihi





Untuk pelancaran pembukaan Gula Petite di IOI City Mall Putrajaya, ianya dirasmikan oleh Dato' Husni Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Pada masa yang sama, mereka juga melancarkan buku nota resepi yang turut memuatkan beberapa resepi menu 'signature' kafe. Kepada pelanggan terawal, korang akan mendapat harga diskaun iaitu RM 75 berbanding harga sebenar RM 85.



Masa kitorang tengah makan makan tu, sempat juga berbual dengan Arieni, pengasas Gula Petite, macam mana boleh terhasilnya Gula Cakery & Gula Petite. Sebenarnya Arieni sejak dari kecil lagi seorang yang suka tolong nenek dia masak masak. Biasa la, time raya kita mesti buat kek, buat kuih raya kan. So dari situla minat membuat kek ada pada Arieni. Mula mula dia membuat kek mengikut tempahan, disebabkan sambutan menggalakkan, dia pon buka la kedai Cake Cakery dan pada masa yang sama buat kelas mengajar membuat kek.




Korang nampak tak gambar kat atas tu. Ada diskaun untuk pelajar pada hari Khamis dan juga Ladies Day pada hari Rabu. So dah boleh planning nak datang sini hari apa.. hihi. Kalau korang nak makan makanan yang sedap, di IOI City Mall Putrajaya, korang boleh datang ke Gula Petite level 1, berhadapan dengan Ice skating. Insyaa Allah, korang tak menyesal kalau makan dekat sini. haha.









Post a Comment

4 Comments

  1. uihh menggodanya semua kek kat situu. yummeh. kalau bawak anak suka la ni.

    comel je si kecik tu hehehe

    ReplyDelete
  2. best nyer wakkk..kita jauh sangat nak sampai ke sana.

    ReplyDelete
  3. terbaik paling sedap dek mulut ni adalah cream puff perghhh... klu campur durian dlm cream tu kan lagi sedap... hahahaha

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)