Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa

Assalam. Bismillah.

First time kami datang ke Cyberview Resort & Spa haritu just untuk merehatkan badan sahaja. Spend time dengan anak sebab babah nye super duper busy. Hihi. Waktu kitorang stay dekat situ, rasa selesa sangat. Pergi ke Cyberview Resort & Spa rasa macam tak nak balik. Kalau korang nak tau betapa best nya kami bercuti di Cyberview Resort & Spa, korang boleh KLIK DI SINI. Kebetulan, hujung April lepas, kitorang di jemput pula untuk review berbuka puasa. Hmm.. Apa lagi terus setuju la.. hihi. Sedangkan waktu sarapan banyak lauk, apetah lagi buffet ramadhan. So korang boleh berbuka puasa di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa.


So, untuk Buffet Ramadhan di Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa, mereka ada 23 stall yang berkonsepkan makanan Melayu, Cina, Jepun, Itali, dan Mexico. Lebih kurang 222 menu yang korang boleh cuba disini. Banyak makanan yang sedap, so nanti diet tu tinggal dekat rumah yer. Layan jer makanan yang sedap dekat sini. 




Untuk masakan melayu, Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa, menyediakan masakan lemak siput sedut, itik, daging, dan ayam. Rasa dia tak boleh nak describe, sedap sungguh. Dengan kombinasi pedas, lemak, daging yang fresh, silap silap korang hirup kuah taw sebab memang sedap sangat. Tak lupa jugak, patin masak tempoyak dan beraneka jenis ikan masak asam pedas. Korang pilih ikan lepas tu chef akan masak di stall tu. Thanks la chef sebab masak sedap sedap. Habis diet Zati haritu.. hihi.








Makanan yang lain pon apa kurangnya. Udang, ketam,ayam, daging, kambing semua ada. Ynag psati semuanya fresh. Rasa udang yang manis, ketam yang lembut. Memang rugi la kalau korang tak cuba. Memang seronok Buffet Ramadhan di Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Macam macam ada. Make sure korang rasa semua taw menu mereka. Nanti balik rumah menyesal pulak tak makan. hihi.






Bagi mereka yang gemar masakan Cina dan Jepun, korang juga boleh dapt makanan ini di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Menu apa yang ada, jom tengok gambar makanan ni. 








Okay. makanan yang berat kita dah tengok, sekarang kita move kepada dessert. Kalau korang nak tau, ada 2 jenis dessert yang rare dekat Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Yang pertama adalah  "Deepfried Homemade Crispy Musang King Durian Roll" dan yang kedua adalah Aiskrim Rendang Ayam. Durian roll tu memang rangup dan isi durian dia power. O course la, durian musang king tu. hihi. Tapi jangan makan tengah panas, kang melecur lidah. Macam zati haritu. Excited punya pasal.. hihi. Aiskrim rendang pulak memang amazing. Korang bayangkan, aiskrim ni rasa pedas pedas sikit dan ada isi ayam. Tapi jangan risau, rasa dia sedap. Dan seperti biasa, ada pelbagai lagi dessert, dan kuih muih yang menarik yang korang patut cuba.















Dari segi persekitaran di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa, ianya sangat selesa. Bawak anak kecil pon okay sebab tempat yang luas dan persekitaran pon menarik. 




So, kalau korang berminat nak berbuka puasa di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa, ini adalah rate harga mereka. RM 138 nett per adult on weekdays dan RM 100 nett on weekends. Lain lain details korang boleh refer di bawah ini.


Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
Contact : 03-8312 7091 / 7092


************


Link Article Lokasi  Berbuka Puasa 2017 :


Buffet Ramadan 2017 The Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2017 Kota Seriemas Golf and Country Club

Buffet Ramadhan 2017 Nook Aloft Hotel Kl Sentral

Buffet Ramadhan 2017 The Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur


Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)