Hati Perempuan Terkadang Tak Kuat

Assalam. Bismillah.
 
Hmm.. Sebagai wanita ni kekadang nampak jer lembut padahal di dalam hati kena telan macam macam perkara.. Bermula perkara remeh sampai la tahap yang serius. Bagi yang berkeluarga macam macam perkara yang dipikul.
 
Anak tak sihat, hati kita yang tersentuh dulu. Ingat lagi waktu Jasmeen demam kuning lepas lahir dulu. Tengah malam menangis, kuning nampak sangat. Allah.. sedih tengok. Dia nangis kita pon nangis sekali. Sedihkan anak tak sihat nih. Baru baru ni Jasmeen kena ulser. Bila ajak makan menggeleng jer.. Mata layu jer. Kesian pulak tengok dia.
 
2 tahun lepas suami decide nak buang besi dekat kaki. Pagi sebelum operate tu zati balik rumah dulu sebab doctor bagitau suami akan operate waktu petang. So zati rileks kejap di rumah. Tapi adik ipar cakap maybe masuk awal kot bilik OT. So, zati pon call hospital.. Rupanya memang suami dah masuk bilik OT. Ermm.. depan mertua terus nangis rasa macam bersalah sangat.. Lepas tu terus pergi hospital tunggu dekat ward.. Waktu tu kerusi tak ada, gigih la berdiri lama lama.. huhu.. Rasa bersalah punya pasal kan.
 
Kita orang perempuan ni macam macam nak kan. Tengok orang lain pergi bercuti, kita pon nak bercuti sekali. Tapi zati jenis tak kisah semua tu sebab dari kecik lagi memang zati seorang yang tak kisah. Orang lain kehidupan dia lain. Kita lain. Allah dah atur cantik dah kehidupan kita.
 
Kekadang ade perkara yang orang kita kenal tu buat salah tapi kita takut sangat nak tegur sebab takut orang itu terasa kan. Nak nak orang yang kita sayang. Sebagai contoh semalam dalam group ada cerita bahawa isterinya nak berpurdah, tapi suami tak izinkan. Kemudian suami pertikaikan kenapa kita kena jadi Islamic sangat. Tak perlu berzikir bagai.. Kesian isteri itu, nak berubah ke jalan yang baik tetapi dihalang. Kemudian ahli group berikan tips. Alhamdulillah, pagi ni dapat tahu yang suami nya dengan tiba tiba mohon maaf. Egonya buang tepi walaupon sebelum ini tak pernah pon minta maaf.
 
Orang perempuan ni macam macam perasaan dia ada taw. Macam zati, seorang yang tak kisah. Tapi pada masa yang sama, zati ni jenis pendam. Sebab mak selalu pesan, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. So bila hati ni sakit, just pendam jerla.. Tapi memang air mata la peneman.. Lepas 5 minit zati akan okay.. Zati bukan la baik mana tapi cuba untuk jadi lebih baik. Bila kena marah, zati buat tak tahu jer tapi kekadang buat tak tahu tula makin orang geram kan? huhu.. Kang kalau menjawab berdosa pulak. hihi
 
Orang perempuan ni berbeza perangai. Harap orang lelaki ni faham. Kalau ada perkara yang menyakitkan hati isteri tu, tinggalkan perkara itu.. Kan best hidup bahagia jer.. gaduh setahun sekali, itupon 5 minit jer.. hihi.. Jangan pulak si isteri merajuk, si suami pon tumpang merajuk sekali.. Sampai bila tak habis kalau macam nih.. hihi
 
 
 
 
 
 

Post a Comment

2 Comments

  1. luahan petang nampak nyer..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. dlm sebulan kan mesti mood kelaut, sweet, sedih dan ntah pape.. ini lah masenye nk luahkan perasaan.. haha

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)