SofeaRose Road To London Berkonsepkan MODEST Fesyen

Assalam, Bismillah.

Waaahh. Excited bila dapat tahu salah satu produk bumiputera akan menempah nama di peringkat antarabangsa. Bukan senang tau nak tembus pasaran ke luar pasaran antarabangsa ni. Produk yang dimaksudkan ialah SOFEAROSE. Mereka adalah daripada bidang fesyen. Pertunjukan ini akan diadakan di kota London dan nama pertunjukan itu adalah : 

 " ART TO WEAR, SOFEAROSE x YUSOF GHANI SEGERAK DI LONDON "



Koleksi yang akan diperketengahkan adalah berkonsepkan MODEST yang dinspirasikan daripada pereka fesyen Hilal Oguzkan. Exclusive Urban Fashion merupakan motto yang dibawa oleh SofeaRose dan mereka menekankan bahawa simple is sophisticated. Kalau kita tengok trend zaman sekarang ni, orang lebih suka fesyen yang simple tapi pada masa yang sama, ianya kelihatan sangat menarik.

SofeaRose lebih menggemari design yang berlatarkan putih dan krim kerana mereka lebih suka mengikut hasil seni kanvas daripada Yusof Ghani. Siapa Yusof Ghani ni? Yusof Ghani ni seorang pelukis yang menghasilkan karya expresionist dan merupakan ikon pelukis kontemporari negara. Kalau korang semua nak tau, ini adalah karya pertama Yusof Ghani yang berkolaberasi dalam bidang fesyen. 



Untuk pertunjukan SofeaRose Road To London ini, material utama yang digunakan adalah bridal satin dan oganza sebab ianya lebih feminin. Tak dilupakn juga material chiffon. Ini kalau kita pakai ni confirm meletop sebab kalau kita tengok daripada segi kualiti kain pon kita dah tau ianya cantik. Setiap rekaan pula ada seni yang tersendiri seperti  ombak, seni tari dan wajah. Kalau siapa yang minat dalam bidang seni diorang faham la konsep ni.. hihi.


Nak tau tak apa kelebihan seni seni ini semua? Okay, contohnya kita tengok busana karya Seribu Wajah. Kalau yang ni melambangkan kebebasan. Potongan busana ni diinspirasikan sayap burung dan karya Seribu Wajah ni melambangkan expresi wajah setiap manusia yang mempunyai mood dan peranan yang berbeza beza. Fuuh.. Dalam sangat maksud nih. Kalau saya la nak pilih baju, asal cantik jer beli. hihi. Tapi tu lah, seperti yang saya kata tadi, siapa yang berpengetahuan seni mesti faham hasil yang dihasilkan.



Feeling tak sabar nak tengok pertunjukkan SofeaRose Road To London.. Mesti best kan? Good luck SofeaRose.   



Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)