Tempat Makan Best di Bangi : Orked Lavender Kafe

Assalam. Bismillah.

Sempena hari lahir en suami yang ke 34, kitorang decide untuk cuba restoran baru di Bangi. Sebenarnya dah lama perasan restoran nih, tapi baru berkesempatan nak pergi. So, malam tu kitorang dinner di Orked Lavender Kafe di Bandar Baru Bangi.


Nak tau kitorang order apa? haa.. semua menu di atas ni la kami cuba. Actually, makanan yang kami tak sabar nak rasa ialah Volcano Milk Shake Chocolate Brownies. Mana tak terliur, tengok coklat leleh kat tepi tu, lepas tu ada aiskrim, ada brownies lagi kat dalam air tu.. Fuuh.. Minum ni pon sebenarnya dah kenyang tau. huhu. Memang kena dengan citarasa sebab air ni tidak terlalu manis. Rasa dia serius, memang sedap.. huhu. Datang sini, wajib try air ni taw. Kami kongsi 3 orang sebab nanti nak makan lagi, takut tak habis pulak makanan.. hihi.


Untuk makanan pulak, mula mula kami makan makanan yang ringan dulu. Kami cuba keropok lekor dan juga locking. Bagi saya la kan, nak tau keropok tu sedap atau tak, tengok warna keropok dan sos je. Lepas makan je memang terbukti rasa sedap, rasa macam kat Terengganu. Kiranya dapat juga la merasa keropok sedap di Bangi nih. hihi. Sebab saya jarang sangat saya jumpa keropok yang banyak ikan. Lepas tu makan pulak locking ataupon satay ikan. Memang pembuka selera yang best. 



Eh, terlupa pulak. Sebelum makan keropok, kami cuba kek Red Valvet. Rasa dia sedap dan dihiasi coklat. Cukup la seketul ni jer, nanti nak makanan berat lagi. hihi. Jasmeen memang tak sabar la nak makan. Siap main suap suap lagi. Sweet sangat.. hihi


Okay. Sekrang kita masuk bab makanan berat pulak. Untuk Jasmeen saya order Chicken Cabonara. Ini memang feveret Jasmeen. Rasa creamy dia cukup dan sesuai untuk siapa yang suka makanan barat.


Untuk saya pulak, saya order Laksa Johor. Saya jarang makan laksa johor sebab susah sangat nak dapat kan. So kalau korang yang berada di Bangi, teringin nak makan laksa johor, korang boleh cuba Orked Lavender Kafe. Rasa dia sedap, banyak ikan. Saya kalau makan makanan yang berkuah, saya suka kuah lebih. So, kalau kuah lebih sikit mesti lagi awesome. Sedap dah tapi tekak ni memang suka kuah lebih.. hihi. Anak kecil pon boleh cuba jugak sebab laksa johor ni tak pedas sangat.


Untuk en suami pulak, dia order nasi dagang. Ni memang makanan feveret dia. Dia kata sedap. Rasa macam makan nasi dagang dekat kampung. hihi. Nak cerita lebih lebih tak tau sebab sedar sedar je nasi dagang habis. Sempat rasa sesudu jer.. hihi. Yang pasti cili tu saya rembat dulu. kih3


Kebetulan haritu ada kawan yang join. So dia order Spaghetti Bolognese. Ini antara menu yang baru di Orked Lavender Kafe.


Kitorang memang kenyang sungguh hari tu. hihi. Terima kasih Orked Lavender Kafe sebab menyajikan makanan yang sedap. Dengan suasana yang cantik, alunan muzik yang sedap di dengar. Rasa macam seronok sangat lepak dekat sini. Korang jangan lupa datang taw. Ini antara kedai makan best di Bangi. 


ORKED LAVENDER KAFE
7-G JALAN PERSIARAN MEDAN PUSAT 2D 43650 BANDAR BARU BANGI
MON -SAT 12.30 PM-11.30PM
FRIDAY 2.00 PM- 12.00 PM



Post a Comment

7 Comments

  1. nampak sedap makanan semua tuuu...nnt nak g jugak la sekali :)

    ReplyDelete
  2. nNyums!~ nampak menarik sangat...kalau sampai sana nak try jugak la! BTW..Happy Bestday Afzal~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. air dia sedap.. hihi.. okay. kita tolong jawabkan. tq.. kih3

      Delete
  3. sedapnya.. boleh terjah ni..tak jauh dari rumah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. dekat je kak.. kat area menate steakhouse tu.. hihi..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)