Tempat Menarik di MAHA 2016 MAEPS SERDANG

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah.. Hari Jumaat lepas dapat juga saya pergi ke MAHA 2016 di Maeps Serdang ni.. Dulu tak dapat pergi, sekarang bila dapat pergi, habis semua tempat terjah. hihi.



So dekat sini saya nak kongsikan tempat yang menarik yang wajib anda pergi.

1. Nafas Cube

Bagi saya tempat ni cute dan unik sebab ianya daripada kontena. Bila masuk jer kat sini, rasa teruja sebab cantik design yang diorang buat. Suasana dah macam hotel.. huhu.




2. Jabatan Perikanan

Dekat sini banyak aktiviti dan pameran yang  menarik. Ada ikan nemo, lobster, ikan jerung, dugong, dan lain lain lagi. Lepas tu ada aktiviti menangkap ikan. Ni kalau bawa anak anak mesti mereka akan suka.


Bila datang ke booth ini, jangan lupa try Satay Tuna. Rasa yang sangat sedap. Tak macam makan ikan taw. Rasa macam makan satay ayam pon ada. hihi.. Rempah semua complete. Memang sedap.


3. Upin Ipin : Kampung Durian Runtuh

Dekat sini sangat best. Saya syorkan siapa yang bawak anak itu, harus kunjungi di sini sebab banyak sangat aktiviti. Anak anak berpeluang tanam pokok sendiri. Lepas tu ada tayangan dan Upin Ipin pon ada. So ni aktiviti santai la. Mak ayah boleh duduk sekali tengok. 


4. Food Empire.

Haa. Sampai kat sini je jem otak sebab tak tahu nak makan apa. Banyak sangat. Kalau nak tau apa yang ada boleh refer di link ini.
BOOTH MAKANAN SEDAP DI MAHA 2016


Saya cuba Mee Bandung Udang Special daripada Johor, Mee Kolok daripada Sarawak, dan Satay Tulang. Satay tulang tak sempat nak ambil gambar sebab sedap sangat. hihi


Sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang ada di MAHA 2016 ni. Jom kita layan gambar di bawah ni.



Best sangat MAHA 2016 kali ini. Rasa macam tak puas nak pergi, tak habis pusing lagi sebenarnya. So esok 11/12/2016  hari terakhir dan saya harap ramai lagi yang dapat datang. Selain daripada jualan barang barang yang segar, pengunjung juga boleh melihat konsert daripada artis terkemuka.

Pelbagai produk usahawan bumiputera dan rasanya lebih 100 jenis produk. Macam macam produk ada jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAHA 2016. 

Harap MAHA tahun hadapan lebih meriah. Tak sabar nak pergi. Lagi satu nak ucapkan tahniah kepada MAHA 2016 kerana telah berjaya mencecah 3.7 juta pengunjung. Jom layan video kat bawah ni. 








Post a Comment

4 Comments

  1. Banyaknya. Macam tak sempat je nak habiskan semua. Upin ipin masuk kene bayar berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa.. yang upin ipin ni saya tak ingat.. huhu.. sory lambat reply

      Delete
  2. Memang tak puas..tapi nak repeat mcm tak ada tenaga dah..hehehe

    ReplyDelete
  3. hari tu x sempat nak shopping. balik kg mak tanya pasal buah durian belanda.. haha.. durian king jumpe la

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)