Upin Ipin JengJeng Jeng Movie Animasi Yang Best

Assalam.



Alhamdulillah. Semalam berkesempatan untuk melihat tayangan perdana movie terbaru daripada Les' Copaque iaitu movie Upin Ipin JengJeng Jeng.  Terima kasih daun keladi  kepada team Denaihati kerana menjemput kami, Ada movie boleh jemput lagi. hihi.. Movie ni memang diminati oleh kanak kanak, tapi mak ayah pon confirm akan tersangkut sekali sebab movie ini sangat best. Kalau dalam tv tu boleh tengok sekejap jer kan, rasa macam tak puas pulak, so yang ni puas la sebab tengok lama lama. hihi. Jasmeen tak tidur pon dalam wayang kiranya cerita ini memang betul - betul menarik minat mereka.






Sedikit sinopsis tentang movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng


Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.





Kalau dalam tv Upin Ipin ni lucu jer kan, tapi berbeza dengan movie ni. Jangan tak percaya, bila mereka ketawa anda akan ketawa, kalau mereka menangis, anda turut menangis.. Si Jasmeen kesat air mata weh. Terkesan jugak dekat hati dia.. hihi.

Bagi saya, ikhlas di hati saya nak kasi 5 bintang.. huhu.. Sebab memang best. Rase macam nak tengok lagi sekali taw. Lakonan mantap adik Balqis memang tak boleh dipertikaikan la. Lawak Awie pulak memang best.. hihi.. Kiranya ni movie wajib tonton la. 







Fakta menarik tentang Filem  Upin Ipin Jeng Jeng Jeng?

1. Upin Ipin Jeng Jeng Jeng  merupakan filem Malaysia yang pertama menggabungkan teknik aimasi 3D dan lakon hidup.

2. Kos dianggarkan mencecah RM 4juta dan kos sebahagian nya dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

3. Filem ini di arahkan oelh Erma Fatima bersama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin Ipin) , Puteri Balqis, Awie , Sara Ali, Gambit Saifullah, Remy Ishak.

4. Muzik video lagu rasmi adalah ' Jeng Jeng Jeng' nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin 
(Asyiela Puteri). Dalam filem ni Awie yang nyanyi. Memang best.

5. Proses pengambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.

6. Dato' Aliff Syukri mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu kanak kanak.




Jom tengok wayang bersama anak anak anda. Bermula 24 November 2016 di 121 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Lepas tengok movie ni, confirm, perkataan " jeng jeng jeng" mesti selalu disebut anak anak.. Silap silap mak ayah budak pon terikut sekali.. haha.. 



Post a Comment

4 Comments

  1. Ahad ni baru nak tengok best ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya citer ni best =) anak saya umur 3 thun tu kusyuk tengok. pastu mintak nk tgk lagi.. hihi

      Delete
  2. Best nya anak2 sekarang dah ada cartoon upin ipin. Ada alasanlah nak pegi tengok wayang kan ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)