Resepi Mee Rebus Yang Mudah

Assalam.


Memandangkan hari ini hari Jumaat, waktu rehat 2 jam. So, sempat la balik umah memasak dan basuh baju. Nasib baik jarak dari office ke rumah dalam 15 minit jer.

Sebenarnya menu ni da terbayang bayang daripada semalam lagi. Tapi disebabkan ada hal, maka terjadilah pada tengah hari ini.. hihi. Kami memang panggil mee rebus. Belah2 pantai timur. Kalau macam kat di selatan,  mee rebus dia lain sikit.

Resepi ni, sesuai untuk orang yang malas masak taw sebab semua nye main campak- campak jer.. haha.. Okay. jom layan resepi.

Bahan-bahan

Bawang kecil 2 biji - dihiris halus
Bawang putih 2 ulas- diketuk
Cili Api
Udang
Ketam
Sayur
Garam
Gula
Mee Kuning





Cara Memasak.

1. Dengan menggunakan api yang perlahan, tumiskan bawang merah dahulu sehingga garing. Bila dah garing sedikit baru masukkan bawang putih dan cili api, tumis lagi.  Agak2 dah kekuningan sikit, baru masukkan air.

2. Biarkan mendidih masukkan udang dan ketam. Kalau nak letak perencah lain seperti ayam pon boleh. Tapi saya lagi suka seafood sebab rasa kemanisan tu. tak perlu letak sebarang perasa tambahan. Bila dah separuh masak tu masukkan telur.

3. Bila telur dah masak masukkan sayur dan juga mee kuning di dalam periuk. Mee kuning tu harus dibasuh dahulu taw. Tidak perlu direbus.

4. Akhir sekalii masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah siap. Sedia untuk dihidang.




Post a Comment

4 Comments

  1. Akak pun biasa masak macam ni ..tambah lada hitam skit...wallaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. kekadang saya letak jugak lada hitam.. ikut mood.. hihi

      Delete
  2. simple je masak kan..masak sendiri lebih puas hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kat kedai siap ketam bagai x tau la berapa hinggit.. huhu.. yg best nyer sayur boleh bubuh banyak2.. hihi

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)