Karnival Fiesta Magika Di Seremban 2 Memang Best

Assalam,

Hari Ahad minggu lepas berkesempatan pergi ke Seremban 2 lagi. Jasmeen daripada kat rumah lagi berkobar kobar nak pergi sebab ibu kate ada Sepahtu. Tapi Jasmeen tak kenal pon. Yang dia tau, cia cia cia jer.. huhu.. Okayla. Atleast dia kenal jugak. Tapi apakan daya, rupa rupanya Sepahtu datang waktu malam. Jenuh la nak jawab pertanyaan Jasmeen nih.. hihi.






Sebenarnya kat Seremban 2 ni ada Karnival Fiesta Magika yang dianjurkan oleh IJM Land Berhad. Waktu nak sampai tu tetiba hujan turun. Maka berpayungla kami anak beranak. Walaupon hujan, pengunjung masih jugak ramai sebab ini merupakan hari keluarga tahunan bagi meraikan penduduk dan pengunjung IJM Land Berhad.




Bertemakan " Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales & Happy Trails" pada kali ini. Padanlah unik sangat dress up diorang. Sempat la tengok diorang bergaya ala ala anime kat TV tu.  Comel je nengok. Nak amek gambor ngn diorang cam segan pulak.. hihi. 

Bila hujan dah reda sikit, barula kami pusing pusing di kawasan sekitar tu. Dekat situ ada permainan untuk kanak-kanak, pertunjukkan silap mata,  dan macam macam lagi. Kitorang mengambil bahagian dalam main buih sabun .. huhu












Selain daripada hiasan dan prop yang menarik di sekitar pejabat urusan IJM Land tersebut, pihak IJM Land juga ada menyediakan pelbagai aktiviti khas untuk pengunjung yang hadir. Antaranya adalah cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya berupa iPhone 7 yang sekarang tengah hangat berada di pasaran.

Untuk penggemar pakaian beragam atau cosplay, mereka juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kretiviti mereka bertanding di dalam acara "Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition".





Banyak hiasan dan prop dibina untuk memeriahkan acara pada hari tersebut seperti pejabat IJM Land di hias seperti istana, ada Tunnel of Love, kereta labu milik Cinderella, Giant Mushroom dan banyak lagi.

Prop dan hiasan tersebut akan ditayangkan sehingga Krismas di mana akan ada diadakan pertandingan Magical Moment Photo Contest yang berlangsung bermula 13 November sehingga 18 Disember 2016. Hadiah yang bakal dimenangi berjumlah RM3000 untuk para pemenang.




Event tersebut juga diserikan lagi dengan penampilan khas oleh ahli silap mata Malaysia, Mahdi Moudini yang mana skil silap matanya telah mendapat perhatian oleh warga Kuala Lumpur. Hadiah berjumlah RM20,000 telah disediakan oleh pihak IJM Land kepada para pengunjung yang hadir untuk acara cabutan bertuah.


Jadi ada lagi masa untuk mereka yang tak dapat hadir hari tu untuk mencuba nasib dengan menyertai Magical Moment Photo Contest yang berakhir pada 18 Disember 2016 akan datang.











Terima kasih IJM Land  buat aktiviti ini  sebab sangat seronok tengok anak anak kecil bermain dengan riang gembira.. hihi.. Kami ibu ayah pon tumpang bermain sekali. Siapa yang hadir? Sep sikit.. hihi.

Post a Comment

4 Comments

  1. best betull.. ehh sama entri macam afzal jer.. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila laki bini pergi tempat yang sama, automatik sel2 otak berhubung. Lalu menjadikan ada persamaan di situ. hahahaha.. #SehatiSejiwa.. =p

      Delete
  2. best jumpa awak, jumpa jasmeen! eheheheheh

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)