Resepi Vadai Ikut Cara Resepi Sugu Pavithra

Assalam. Bismillah. 

Alhamdulillah. Masih diberikan nikmat kesihatan yang baik untuk memasak. So pagi ni zati dah berjaya membuat kuih vadai. Senang je rupanya masak Vadai nih. hihi. Okay jom kita layan resepi ni.


Bahan Bahan untuk memasak Vadai

1 cawan besar Kacang Dhal ( di rendam semalaman)
2  Biji Bawang besar ( di potong halus)
4 tangkai cili kering ( nak pedas lagi boleh tambah )
3 tangkai cili padi ( optional. nak letak boleh. tak nak letak pon boleh)
2 tangkai daun kari (di potong halus)
1 sudu besar Jintan Putih (ditumbuk sedikit)
2 sudu kecil garam

Cara masak Vadai

1. Rendamkan kacang dhal semalamam. tapi dalam video Sugu tu, 2 jam je dia rendam. tapi seeloknya semalaman. bagi dia lembut dan kembang.

2. Asingkan 2 sudu besar kacang dhal yang direndam. Selebihnya kena blend. Guna air yang sikit sahaja untuk blend kacang dhal nih. nanti tengok video yang zati share kat bawah ni.

3. Bila dah siap blend kacang dhal, masukkan 2 sudu kacang dhal yang kita asingkan tadi,  bawang besar, cili kering, hirisan daun kari, jintan putih dan juga garam.

4. Bulat bulatkan kemudian goreng sehingga garing. Dah siap.


Untuk cara lagi mudah, korang boleh tengok video daripada Sugu Pavithra ni. Zati ikut sebijik resepi dia. Cuma zati tak letak cili api jer.



Memang sedap yer. Puas hati makan. Modal pon murah jer. Tak sampai 3 hinggit. huhu. Selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments