Resepi Nasi Minyak yang mudah dan sedap

Alhamdulillah. Harini nak share resepi nasi minyak yang simple dan sedap. Resepi nasi minyak yang zati masak ni, kita kena agak agak sendiri taw. hihi. okay jom tengok resepi.

resepi nasi minyak


Bahan Bahan Nasi Minyak

Beras 3 put kecil ( zati guna beras biasa, nak sedap guna beras basmathi )
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 1 inci
Rempah 4 sekawan
Akar daun sup ( optional )
jus sunquick ( optional )
susu cair ( optional )
minyak sapi / butter
pewarna kuning.
daun pandan


Cara memasak nasi minyak.

Mula mula basuh beras kemudian tos kan sekejap dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Untuk menumis, saya guna terus minyak sapi atau butter. waktu masak ni minyak sapi tak ada, so saya guna la butter. Anggaran dalam 2 sudu besar macam tu. so mula mula kita tumiskan 4 sekawan kemudian masukkan  bawang besar, bawang putih, halia. Tumis sehingga garing dan naik bau. Dah siap masukkan ke dalam rice cooker tadi. Tambahkan air dan juga susu cair kalau nak. saya tak letak pon susu cair. kalau nak letak susu cair, masukkan sedikit jus sunquick dalam 1 sudu besar. ni nak elakkan nasi kita terlalu muak. last sekali masukkan daun pandan dan juga akar daun sup. Nak letak garam sikit pon okay.

Saya masak memang agak agak sahaja. Bagi yang risau sukatan air macam mana. Boleh ikut cara ni.

3 put beras bersamaan dengan 6 put air. Kalau letak susu cair atau susu segar, letak 5 put air dan 1 put susu.

Atau cara lagi senang, kan ada sukatan air dalam periuk nasi tu. Haaa. follow situ jer. hihi.

Bila nasi sudah masak. Titiskan pewarna kuning sikit demi sedikit di sekitar nasi. Kemudian kacau guna garfu. ni nak elak nasi itu hancur.

okay. Dah siap. senang jer kan? hihi. kalau nasi hujan panas pon sama. beza warna jer kan? campur campur la warna dia. kalau rajin lagi boleh letak kismis, sayuran campuran tu.

Nasi minyak + ayam masak merah + acar timun. Fuuh, memang terbaik.


Selamat mencuba 



Post a Comment

2 Comments

  1. Uishh....boleh buat untuk buka puasa 6 nanti. Tapi belum start puasa lagi ni...hahah

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)