Kebergantungan Kepada Allah Sangat Tinggi.

Assalam. Bismillah.

Harini nak share pasal kebergantungan kepada Allah sangat tinggi. Sebagai orang Islam memang wajib kita letakkan Allah sebagai yang utama. Tapi kita silap. Kita lebih memilih manusia berbanding mengadu masalah dengan Allah dulu.


Kalau ikutkan dulu zati pon memang macam tu jugak. Tapi bila semakin berusia nih, semakin dewasa pemikiran kita. Zaman sekarang, bercerita dengan manusia  hati hati. Silap silap mereka canang pulak masalah yang kita hadapi. Kalau cerita dekat Allah, tak ada siapa yang boleh tahu.

Kita sebagai hamba Allah kena yakin. Setiap masalah yang diberikan mesti ada jalan keluar. Janji Allah itu pasti. Allah akan kabulkan doa kita mungkin sekarang, mungkin esok, mungkin lusa atau bila bila sahaja yang Dia kehendaki. Yang pasti kita yakin, Allah dah rancang molek sangat kehidupan kita.


Okay ni zati cerita pasal life zati. Korang bayangkan masa ketika itu duit memang ngam ngam jer. Then secara tak sengaja zati terbeli barang. Sepatutnya beli satu, tapi ter order 3. Dia punya neves tu tak boleh bayang sebab yerla. cover duit minyak tol nak pergi travel minggu tu. Tak bagi tahu en suami pon terguna tapi talk to Allah dulu.
Then dalam pukul 3 ada rezeki masuk. Rezeki yang diterima lebih daripada yang keluar. Ya Allah. Bersyukur sangat sangat. Rasa macam Ya Allah. Amazing sangat.

Sebenarnya apa yang zati buat? Ni antara zati amalkan. Zati share bukan sebab riak, bukan sebab nak orang like banyak, nak orang share banyak tapi zati nak share agar zati dapat bantu korang jika korang dalam masalah. Korang rasa buntu sangat. So ni adalah tips nya.

1. Solat Taubat
2. Baca ayat surah Ghaffir ayat 44
3. Istighfar


Sekarang nak apa apa mintak jer dengan Allah dulu. Suami selalu cakap, Allah akan bagi rezeki tepat pada masanya. Sebab Allah tahu macam mana keadaan hambanya.


Selain suami dan keluarga ajar banyak tentang ini, SYSFEL adalah salah satu penyebab. Sebab ilmu yang SYSFEL kongsikan bukan bisnes semata. tapi meliputi semua perkara. Leader pon banyak bagi ilmu. Macam mana HQ train semua agent macam tu jugak leader kami ajar.

Ini bukan nak promote ke ape. Tapi ikhlas dalam hati, mungkin kalau zati tak kenal mereka, mungkin zati masih leka.



Terima kasih sudi membaca. Niat zati hanya satu. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat orang yang memerlukan.




Post a Comment

0 Comments