Nikmati Keseronokan Bercuti Di Lost World of Tambun 2019: Bertemakan Barbie dan Hot Wheels

Assalam Bismillah.

Weeh. Cuti sekolah nak dekat. nak bawak anak kemana ni? Ya Allah pening. hihi. Sebenarnya zati nak bagitahu yang tempat menarik untuk bercuti adalah di Lost World of Tambun. Serius best gila. Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.

Barbie memang sinonim dengan anak perempuan kan? So, di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Tengok keterujaan anak anak, memang seronok kan? Boleh tengok barbie secara live, boleh main main. hihi.


Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie! Gila tak best! Si jasmeen memang teruja la sebab dia memang suka barbie, mekap mekap. Memang banyak la koleksi barbie dekat rumah tu. Memang teruja habis.



Khas untuk keceriaan anak anak, di Lost Worlds of Tambun turut menyediakan permainan Hot Wheel.  Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminatnya. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels. Best kan?



Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.



Haaaa. biasanya kita pergi taman tema ni main game, mandi manda, berendam kan? Haaa kalini pihak Lost Worlds of Tambun buat kelainan khas bagi meraikan hari cuti persekolahan anak anak. Tema Barbie dan juga Hots Wheels memang kena dengan jiwa anak. Hai mak ayah, bila lagi nak beli jiwa anak. Sekarang la. Gembirakan anak, insyaa Allah bertambah erat hubungan keluarga, bertambah rezeki kita. Insyaa Allah. hihi.



Boleh Layari Website ini untuk sebarang info : https://sunwaylostworldoftambun.com/



Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)