Resepi Mudah Triffle Longan

Assalam.Bismillah.

Harini zati nak share resepi mudah macam mana nak masak trifle. Kali ni zati cuba buah longan sahaja sebab geram tengok besar besar.. hihi. Haritu dapat dekat Segi Fresh. 


Zaman ekonomi ni kita kena pandai dekat mana nak cari tempat yang murah dan berkualiti. So sekarang dah jumpa la. Dekat Segi Fresh memang berbaloi.


Okay sekarang zati nak share resepi mudah Trifle Longan.

Bahan bahan
1. Kek pandan
2. Tepung kastard 3 sudu
3. Susu cair 2 tin
4. Jeli 1 packet
5. Buah longan 1 tin
6. Gula 1 sudu



Cara masak.

Panaskan susu cair yang dicampur dengan tepung kastard, dan gula.. Masak dengan api  sangat perlahan.. dalam 25 minit.. masak sampai pekat.

Then kek pandan tadi potong dan susun dalam bekas.. air gula longan tadi letak sikit sikit bagi kek lembab.

Bila susu dah siap, tuang perlahan ke atas kek yang disusun tadi.. letak dalam peti sekejap.

Then jeli tadi tu campurkan dengan 400ml air panas.. kacau sampai larut. Then tuang perlahan lahan.. dah siap letak buah longan.. dah siap 😊


Selamat mencuba semua 😍


Post a Comment

0 Comments