NCIG : Alat Peranti Terbaik Untuk Berhenti Merokok



Assalam semua. Bismillah.. harini zati nak share salah satu cara terbaik untuk berhenti merokok. Haa. yang mana tengah ada azam nak berhenti hisap rokok, inilah masa yang sesuai.


Baru baru ni kawan zati ajak pergi majlis pelancaran pembukaan NCIG cawangan pertama di Desa Seri Hartamas. Rupannya baru zati tahu NCIG ni adalah satu alat peranti untuk menggantikan rokok.. Yerla orang perempuan, mana tahu bab bab rokok ni..


Masa zati pergi perlancaran NCIG ni zati tengok ramai yang beratur panjang.. Kawan cakap la sebenarnya NCIG ni dah ada bulan Februari lalu. Dan hampir 60 ribu orang sudah mencuba.  Kiranya dah ramai la yang berjaya berhenti hisap rokok. Diorang dah tukar kepada NCIG. Sebab tu masa pelancaran dah dapat banyak sambutan.


Kalau ikutkan fokus pelanggan mereka adalah yang berusia 20 hingga 30 tahun, tapi sekarang mereka fokus umur 35 hingga 40 tahun sebab mereka nak jadikan golongan ini berhenti merokok dan jalani hidup yang lebih sihat. Zati ada tengok dekat FB mereka yang ada testimoni tu, umur agak berusia baru berjaya berhenti merokok. Bukan senang kan nak berhenti merokok nih. Tapi bagi zati, tak kisah la umur korang berapa pon, berhenti merokok adalah perkara baik.


Pengasas NCIG ini iaitu Sharifudin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din ini beritahu,  pembukaan NCIG cawangan pertama di Desa Hartamas ini kerana ianya lokasi yang strategik dan mudah diakses yang boleh memberi kemudahan kepada pengguna. Selain itu, ianya juga memberi maklumat atau promosi selain tuntutan waranti yang sangat mudah dan tidak perlu menunggu selama 5 hari bekerja.


Untuk pengetahuan korang, NCIG ni ada beberapa perasa iaiti Red Vanila, Lush Mango, Coolmint dan Fine Tabacco. Yang terbaru adalah  Buttery Toffe (Buterscoth) dan juga Grape Noir. Lagi satu design mereka sangat exclusive sebab ianya kecil sahaja dan warna yang cantik.. Warna merah helok jer zati tengok. No wonder pergi jalan jalan, zati tengok ramai yang gantung something dekat leher mereka.. Rupanya tu NCIG.. So ianya senang di bawa dan produk ini memang menyediakan sekali NCIG holder.. Bila kita sentiasa gantung kat leher tu, nak hilang tu susah la.


So yang mana plan nak berhenti merokok tu boleh cuba NCIG. Boleh dapatkan di details di bawah ini atau boleh dapatkan dengan agent agent yang berdekatan.


Post a Comment

0 Comments