RoboThink Pertama di Malaysia di Centrepoint Petaling Jaya

Hai semua.. musim cuti sekolah sekarang so apa planning kita as a parents? Ada yang balik kampung, bawa anak pergi bercuti Dan macam macam lagi kan?


Harini zati nak suggest satu aktiviti yang menyeronokkan.. Siapa disini anak dia seorang yang kreatif dan jenis tak berputus asa. Zati suggest korang pergi ke Robothink Malaysia.



Apa Robothink Malaysia nih? Sebenarnya ia adalah satu program edu-tainment untuk kanak kanak. Program in adalah pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar pelajar menggunakan set robotik untuk mereka dan membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi.



Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan prose's pendidikan. Program Robotik Dan Coding yang menyeronokkan dengan Robothink membolehkan jurutera, pakar mekanikal dan jurubina masa hadapan seawal usia 5 tahun mendalami dunia STEM yang penuh keseronokan. 



Robothink menyediakan 3 program berlainan untuk pelajar mengikut peringkat umur. Yang pertama adalah Robothink Junior Programme. Ianya direka untuk pelajar dari usia 5 ke 7 tahun. Ia menggabungkan Robotik Dan Coding dengan software yang mudah difahami. Terdapat 3 tahap dengan 12 topik pembelajaran until setiap tahap.




Yang kedua adalah RoboThink Robotic Programme. Ianya untuk pelajar yang berumur 8 tahun ke atas dengan lebih 100 model binaan dalam pelbagai bentuk, saiz,fungsi dan tahap kesukaran. Pelajar tidak perlu membina sesuatu model lebih dari sekali. Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.


Dan yang terakhir ialah pelajar yang berusia 8 tahun ke atas boleh memilih RoboThink Coding Programme yang merangkumi 'programming' Dan Bahasa computer.




So masa zati dan Jasmeen pergi ke Robothink ni kitorang sempat mencuba beberapa permainan menggunakan robot. Hihi. Teruja jasmeen.. Lepas tu ada sesi praktikal.. apa lagi jasmeen sempat la belajar mereka bentuk dari barang Robothink ini.. seronok jugak.. dia ada  daya usaha untuk cipta sesuatu.


Kalau korang juga berminat nak bawa anak anak pergi ke sini, boleh tengok details di bawah ini

Alamat : 
RoboThink Bandar Utama
Lot S8, 2nd Floor Centrepoint 3 Lebuh Bandar Utama. Petaling Jaya

Website : www.robothink.com.my

Facebook : Robothink Malaysia


Instagram : @robothinkmalaysia

Contact : 0147183988

Post a Comment

0 Comments