Majlis Penyerahan Bendera Malaysia Autism Foundation




Baru baru ini zati berpeluang untuk menghadiri Majlis Penyerahan Bendera serta kelengkapan pendakian yang telah dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation yang bertempat di Kota Seriemas Glof & Country Nilai Negeri Sembilan. Majlis ini juga dihadiri oleh exco Pembangunan Luar Bandar YB Haji Ismail Ahmad. Pendakian Yb Bakri (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) ini akan disertai oleh rakan karib beliau Tn Haji Che Kamaruddin Mamat yang berusia 67 tahun



Masa diberitahu tentang ini, zati agak terkejut sebab di usia ini mereka mempunyai stamina yang sangat kuat untuk mendaki gunung everest. Untuk pengetahuan korang jugak, mereka ini mampu menjalankan aktiviti harian tanpa ubat ubatan. Mereka ada cara dan penasihat perubatan mereka sendiri.



Semasa majlis ini berlangsung, Malaysia Autism Foundation, diwakili oleh Pengasasnya iaitu YBgh. Dato’ Dr Sukarno Wagiman telah menjelaskan bahawa Malaysia Autism Foundation yang telah mendapat kelulusan penubuhannya dari Jabatan Perdana Menteri akan berfungsi untuk memantapkan lagi institusi-institusi Autism yang terdapat di Malaysia dan akan menjadi pendokong utama kepada Pusat Pembangunan Autism yang kini sedang di peringkat akhir penubuhannya. Untuk pengetahuan semua, Pusat Pembangunan Autism ini akan berperanan untuk mencungkil bakat-bakat pengidap autism untuk diketengahkan di peringkat tertinggi.

Dato’ Dr Sukarno Wagiman

Kalau ikutkan, Malaysia Autism Foundation berhasrat untuk turut serta dengan menaja salah seorang pengidap Autism untuk mendaki ke Everest Base Camp (EBC) ini. Namun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk membolehkan persediaan yang lebih rapi dibuat. Insyaa Allah nanti kita akan dapat lihat anak autism mampu untuk menakluk puncak gunung everest.


Sementara itu, bendera dari JA Wellness telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JA Wellness, En. Mahalil Aisha. JA Wellness adalah sebuah pusat pemulihan penyakit-penyakit kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat-ubatan kimia, sebaliknya mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills Therapy). Selama ini kita hanya fikir, kalau sakit makan ubat kan? Tapi jangan tak tahu yang ada alternatif lain yang kita boleh cuba.


Dalam majlis yang sama juga , Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh Ketua Pengarah Operasinya En Khairil Zaibuddin turut menyerahkan kelengkapan-kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca (Goretex) serta T-Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Menurut En Khairil, Jaket serta Seluar Kalis Cuaca (weather proof) ini mampu bertahan pada suhu lampau rendah, iaitu sehingga 5 darjah Celcius di bawah paras beku (Minus 5 degree Celcius).



Jadi kita sama sama doakan agar semua urusan mereka dipermudahkan. Korang juga boleh layari Facebook di bawah ini untuk mengikuti perkembangan lanjut.

JA WELLNESS CENTRE SDN BHD

Post a Comment

0 Comments