Berseronok Bersama Keluarga di The Adventurers Web Aeon MALL Nilai Seremban

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Cuti sekolah dah nak bermula kan jadi dah rancang nak bawa anak ke mana?  So entry kali in zati nak ajak korang semua bawa anak anak sekali pergi ke Aeon MALL Nilai Seremban, Negeri Sembilan. Sebab disitu ada pusat tarikan yang terbaru iaitu The Adventures Web.


Apa yang menarik sangat The Adventures Web di Aeon MALL Nilai ini? Haaa. Kalau korang nak tahu, dalam ni ada pelbagai aktiviti menarik. Dia ada 3 laman interaktif. Antaranya ialah Dinasour Rangers, Mini Science and Technology Discovery Centre Dan Monster House.





Yang ni bukan anak jer excited. Mak ayah pon excited sekali. Hihi. Contohnya macam  Dinasour Rangers ni memang best. Korang boleh join raptor maze, kart ride dan boleh mengenali Dinasour lebih dekat lagi. Paling excited, masa di bahagian ini korang boleh lepak sambil jumpa Dinasour. Huhu. Kita boleh bagi Dinasour 'makan' taw. Kalau nak tahu sila datang la ke The Adventures Web ni. Selain itu ada game sikit. Cari telur Dinasour. Tapi hati hati ketika mencari, takut ada Raptor sedang memerhati. Yang ni memang fun. Mesti anak korang suka nanti.




Then Kita masuk pulak ke Mini Science and Technology Discovery Centre di The Adventures Web di Aeon MALL Nilai. Yang ni anak anak akan teruja dimana mereka menyediakan tempat untuk mereka bermain sambil belajar. Masuk jer sini mesti mereka teruja bila melihat robot menari, reverse bungee, kinetic sand yang boleh design macam macam dan banyak lagi. Anak kompem suka la. 





Okay last sekali yang menarik di The Adventures Web di Aeon MALL Nilai, mereka ada menyediakan rumah hantu, Monster House. Dekat sini tak ada hantu yang akan kacau yer.. Semuanya costume dan patung sahaja.. Tapi walaupon patung terjerit jugak la sebab terkejut.. hihi.


So kalau korang nak mencuba taman interaktif The Adventurers' Web ni, ia akan dibuka sepenuhnya kepada para pengunjung pada Sabtu, 23 Mac 2019 di AEON MALL Nilai. Korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan diskaun sempena pembukaannya nanti. Sebanyak 200 tiket akan diberikan secara PERCUMA malah pengunjung yang melawati The Adventurers' Web ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.


Korang boleh dapatkan tiket untuk tiga-tiga laman interaktif yang ditawarkan di The Adventurers' Web ini pada harga promosi RM25 sahaja berbanding harga sebenarnya RM49. Harga ini hanya untuk tiket early bird yang boleh didapati di kaunter The Adventurers' Web dari 18 hingga 21 Mac 2019 dan bagi pemegang kad AEON Credit Service, korang layak mendapat potongan harga sebanyak 30%. Ia dibuka seawal 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Layari info di bawah until keterangan lanjut


AEON Mall Nilai,
No. 2, Persiaran Pusat Bandar
Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, N9

Contact
Monster House : +6011 1643 6050
Dinosaur Rangers : +6012 657 4912
Mini Science & Technology Discovery Centre : +6017 672 6385


Post a Comment

0 Comments