Foundation Apa Yang Best? Zeniv la Jawapannya

Assalam.. Bismillah.


Kita ni orang perempuan macam macam nak kena jaga.. Yang belum kawen mesti la kena nampak menarik. Sebabnya nak mencari jodoh la katakan. Yang dah berkahwin pon mesti kelihatan cantik, sebab nak jaga keterampilan.

So salah satu cara untuk kelihatan menarik adalah dengan mekap. Alat mekap yang perlu kita guna untuk kelihatan lebih yakin adalah foundation. Maka baru baru ini zati cuba satu foundation yang terbaru iaitu Zeniv. Cantik jugak packaging dia. hihi. Masa dapat foundation Zeniv ni, sambil belek sambil zati baca di FB tentang produk nih. Kiranya macam menjawab soalan la apa yang terlintas di fikiran. Sebab ada beberapa perkara yang berlegar di kepala masa pakai foundation Zeniv.


Yang pertama, bila zati cuba letak di tapak tangan, zati bau.. Aah, betul la.. Foundation Zeniv ni bau herba. Tengok balik page dia, memang betul. sebabnya mereka menggunakan ekstak Daun Gelam.. Daun ape nih.  kena google la pulak.. hihi. Okay korang tak payah google, biar zati bagitahu.. Khasiat ekstrak daun gelam mempunyai antiseptik yang dapat membantu kulit dilindungi daripada bakteria.


Then apa yang zati fikir bila pakai foundation ni, senang cuci tak? Kiranya mesra wudhuk la orang kata. Kalau boleh tak nak menggunakan baby oil untuk menghilangkan foundation dekat muka. So, zati dah cuba pakai foundation Zeniv, dan sangat mudah untuk basuh muka.. Basuh muka kita dengan pencuci muka yang biasa kita pakai tu dan foundation memang tanggal.. Okay.. Sangat mudah digunakan dan mudah dicuci.


Then tadi zati ternampak juga yang foundation Zeniv ini adalah hasil dari R&D Universiti Tempatan iaitu di UMP. Info lain yang zati boleh share dengan korang pasal foundation Zeniv ni, ianya menggabungkan krim BB ( Kecantikan Balm) krim dan CC ( Kawalan Warna ). Ianya diformulasikan dengan SPF 50 yang dapat membantu kulit dari sinaran UV.


Zati baru pakai harini. So far okay lagi.. Rasa ringan je foundation dia, mudah jer nak sapu dekat muka. Tak bercapuk.. Boleh dikatakan lulus la untuk pakai. hihi. Meh sini zati nak tambah lagi, antara kelebihan lain jika kita pakai foundation Zeniv ialah ianya mempunyai pelembap dan juga kolagen. So muka akan lebih flawless dan tidak kering. Selain itu, ianya juga dapat membantu untuk mengurangkan jerawat di muka.

Kalau korang nak cuba, boleh rujuk maklumat di bawah ini :

Contact : 017 368 7709

KKM NOT : 170703706K




Disclaimer : Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor dan  hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan.








Post a Comment

0 Comments