Resepi Ketam Masak Lemak

Assalam.. Bismillah.. Tak lama lagi nak masuk ramadhan. Saya pasti ramai yang akan mengugel cara masakan. Hihihi.. As usual, zati masak cara yang simple jer.. Tak perlukan banyak bahan.. Yang penting kita kena yakin dengan apa yang kita masak.

resepi ketam masak lemak

Okay resepi pada harini ialah ketam masak lemak. Kenapa bukan ketam masak lemak cili padi? Sebab ni menu makan bersama dengan anak.. Anak tak boleh makan pedas.. Tapi boleh je nak adjust kasi pedas.. Nanti zati cerita yer.

Bahan bahan untuk resepi ketam masak lemak.

1. Ketam
2. Santan
3. Kunyit hidup 1inci (ditumbuk halus)
4. Bawang merah/ bawang besar ( ditumbuk halus)
5. 2 batang Serai ( ketuk)

Cara memasak ketam lemak.

Sangat mudah.. Masukkan semua bahan bahan diatas sekaligus ke dalam periuk.. Then masukkan garam dan gula secukup rasa.. Tak ada step by step.. tak ada tumis bagai.. Simple.. Dah masukkan semua, bukak api dan kacau kacau sehingga masak.. Macam zati, kalau lauk jenis bersantan, zati akan kacau2 sehingga mendidih.. Then kecilkan api. Barula kuah santan kita cantik.

Santan tu ikut sukatan ketam la.. Kalau banyak ketam, banyakla santan.. Sikit ketam sikit la santan tu.. Kalau pekat, tambahkan air sikit.. haaa.. macam tu.. Korang main agak agak jer la..

Bagi yang nak masak ketam lemak cili api, just tambahkan cili padi la.. Tak kisah nak tumbuk ke blender ke. janji rasa pedas. Lagi satu. kalau nak tambah sedikit daun kunyit pon boleh. Korang jangan pelik zati buh kulit ketam sekali.. Sebabnya dekat situ ada telur dia.. sedap oaky. hihi

Haaa.. senang ke idok? simple jer kan? janji sedap.. huhu

Selamat mencuba....

1 comments:

  1. Akak kalau masak ketam pun masukkan kulit2 sekali..sayang nak buang kulit sebab macam zati cakap ada telur ketam kat situ

    ReplyDelete