Jom Berbuka Puasa di Hotel Bangi Putrajaya

Assalam.. Bismillah.

Jom korang bawa keluarga dan rakan rakan menikmati hidangan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Hotel Bangi Putrajaya. Tahun ini kali kedua zati dan keluarga menikmati juadah yang disediakan. Memang tidak pernah mengecewakan.  Kali ini zati bawa kawan dan juga  kawan Jasmeen bersama. Seronok diorang. hihi.


Untuk buffet ramadhan 2018, Hotel Bangi Putrajaya berkonsepkan street food. Bila melangkah masuk je ke dalam, dah nampak stall yang comel comel. Unik cara mereka menyajikan menu disini. So antara menu yang boleh didapati di stall yang comel ini ialah, Kambing bakar, Nasi Ayam, Satay, Sup tulang dan daging kambing, dan macam macam lagi.. Sup to power. huhu.


Di Hotel Bangi Putrajaya ini, mereka menyajikan 200 jenis hidangan makanan. Zati syorkan korang makan sikit sikit jer, nanti dapat la rasa semua makanan.. Kalau ambil sepinggan penuh terus, nanti tak boleh rasa yang lain. huhu. Semua menu sedap, tapi yang masih terngiang ngiang di fikiran ialah gelato caramel dan juga chocolate.. Seriusly, sedap sangat..


Korang jangan lupa mencuba nasi goreng satu minit.. Sebab chef hanya masukkan bahan, nanti mesin yang akan goreng. hihi. Lepas tu korang juga wajib try pulut serawa durian. Memang terbaik.


Dessert tak payah cerita, tengok dari segi rupa pon cantik, of course la rasa nya sedap. hihi. Jasmeen haritu teruja buat ABC dan Cendol sendiri. Kuih muih pon zaman mak mak kita pon ada. Kiranya memang berbaloi kalau pergi berbuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya.


Untuk harga berbuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya, RM 120 untuk dewasa dan RM 60 untuk kanak kanak. Kalau early bird, korang boleh mendapat harga RM 90 untuk dewasa dan RM 45 untuk kanak kanak.


Di bulan puasa ini juga, Hotel Bangi Putrajaya akan menyumbangkan RM 3.50 setiap pengunjung kepada Islamic Relief Malaysia menerusi kempen " Care For Hunger ". Nanti pihak Islamic Relief Malaysia pon ada ketika majlis berbuka. Korang juga boleh menderma ketika itu.


Okay la korang.. Kalau nak menempah atau nak tahu lebih lanjut tentang Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Bangi Putrajaya, boleh menghubungi maklumat di bawah ini.

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Contact : 03 8210 2222
email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com



Post a Comment

0 Comments