JAKEL 2018 Menawarkan Koleksi Hari Raya yang Terbaru

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Setiap kali Ramadhan menjelang, pelbagai persiapan kita lakukan. Paling excited untuk membeli baju raya. Bagi yang bekeluarga, persiapan anak anak mesti didahulukan. Macam family zati, setiap tahun mesti pergi ke JAKEL. Kiranya kalau nak beli kain je, mesti pilihan kami adalah Jakel. Sebabnya disamping kain yang berkualiti, kadang kadang diorang suka buat promosi mengejut. Apa lagi, tengah buat sales, harus la terbeli. huhu.


Tahun ini kami pergi ke Jakel Shah Alam. Alaa.. saje tukar angin. Padahal Jakel Bangi Ostia ada dah. hihi. Bukan apa, dekat Shah Alam ada artis haritu. Ramai ikon Jakel yang datang, Antara yang hadir ialah, Nabil Ahmad, Harith Iskandar, Hairul Azree, Hanis Zalikha bersama anak nya, dan juga Awal Ashaari sekeluarga.


Masa tengah tengok diorang memperkenalkan rekaan Jakel 2018 yang terbaru,  sempat jasmeen bisik. Ibu, cantik la ibu Lara tu.. Hmm.. baru tahu ke jasmeen? hihi. Kecantikan Scha Al Yahya terserlah apabila mengenakan rekaan Jakel yang terbaru iaitu yang bewarna merah. Memang sangat cantik. Lara pon apa kurangnya. Sangat menyerlah warna merah sampai rasa macam nak tukar tema. hihi.


Apa yang menarik koleksi Jakel 2018 ini ialah, dari segi jahitan setiap baju melayu. Contohnya seperti koleksi Awal Ashaari, Aaron Aziz dan juga Nabil Ahmad, koleksi baju hari raya Jakel mereka ini tidak mempunyai pesak. So, bagi siapa yang nak kelihatan fit dan kemas, boleh mencuba koleksi seperti ini. Yang menariknya, baju Jakel koleksi Awal Ashaari ada logo AA di poket, Sedikit kelainan di situ. Bagi mereka yang bersize besar, korang boleh dapatkan design Harith Iskandar.


Untuk koleksi baju melayu di Jakel 2018, harga bermula serendah RM 89 sepasang. Kemudian setiap pembelian akan dapat percuma kain sampin benang dan juga butang baju melayu. Bagi rekaan baju kurung Jakel pula, ianya terdiri daripada 70 design dan setiapnya mempunyai 5 pilihan warna. Bukan sahaja untuk orang dewasa, koleksi kanak kanak pon ada. Antaranya ialah koleksi Lara Alana, Yusof Iskandar dan juga Upin Ipin.


Bagi mereka yang bekerluarga, zati syorkan korang pilih design Jakel 2018 by Awal Ashaari dan juga Hairul Azreen. Design untuk Awal, Scha dan Lara ni memang sangat cantik. Serius teruja. Comel pulak tu Lara pakai. Memang terbaik la Jakel sebab membuat design yang sangat cantik. Tapi kalau korang nak design kurta, korang boleh cuba design Hairul Azreen. Baju koleksi anaknya Yusof Iskandar pon comel juga. Kiranya semua keluaran Jakel memang terbaik la.


Zati suggest korang datang la ke Jakel kerana mereka memberikan potongan harga yang sangat dasyat. huhu. Macam zati pergi di Jakel Shah Alam haritu, baju Awal Ashaari jatuh jadi RM 100.. Ya ampun.. tak sempat la nak ambil. Orang lain dah ambil dulu.

So korang.. Ingat raya, ingat Jakel.. Sempat lagi nak shopping ni.. hihi

Post a Comment

0 Comments