HAQQI Menawarkan Koleksi Umrah Dan Haji Serta Pakaian Mengikut Sunnah

Assalam. Bismillah.

Harini zati nak share satu butik yang menawarkan kelengkapan haji dan umrah. Kiranya kalau datang ke butik ini, serba serbi ada. Mudah kan? Nak beribadat di Mekah, pakaian mestilah selesa. Barulah kita buat ibadah secara tenang dan selesa. Memandangkan cuaca disana tidak seperti cuaca di Malaysia, pemilihan fabrik amat dititikberatkan. Tapi walau bagaimana cuaca sekalipon, berdoalah pada Allah agar kita sentiasa sihat dan dipermudahkan untuk membuat semua ibadat di sana.


Bagi sesiapa yang ingin menunaikan umrah dan haji, mesti agency umrah akan beritahu kelengkapan apa yang perlu di bawa kan? So, semua barang yang tertera tu memang ada di Haqqi. Bagi yang dah berusia, apa kata suruh anak mereka shopping secara online di haqqi.com.my.Semua barangan ada cuma tinggal pilih sahaja.


Haritu zati pergi di butik Haqqi, bersebelahan di Jakel Shah Alam. Zati cukup tertarik dengan design telekung yang disediakan. Terdapat pelbagai warna dan juga sulaman dapat dilihat. Harga pula berbeza mengikut design dan jenis kain telekung.


Di butik Haqqi, bukan sahaja telekung, kelengkapan umrah dan haji, malah jika kita nak dapatkan tudung dan pakaian yang mengikut sunnah, korang boleh dapatkan disini. Contohnya terdapat juga Kurta lelaki, Jubah bagi wanita dan pelbagai lagi.


Bagi yang ingin mencari kelengkapan umrah dan haji di Bangi, korang boleh pergi ke area belakang PKNS. Kalau lalu dari jalan Mcd tu dah boleh nampak butik Haqqi. Kalau Butik Haqqi di Shah Alam, seperti yang zati cakap tadi la, sederet dengan Jakel shah Alam. Ataupon korang boleh beli kelengkapan umrah dan haji di Jalan TTDI Kuala Lumpur bersebelahan dengan butik Naelofar.


Kalau dari negeri lain pulak macam mana nak beli barang kelengkapan haji dan umrah nih? Jangan risau. Boleh layari website mereka dan hanya sediakan wang yang mencukupi sahaja di bank. hihi.. Ni website Haqqi haqqi.com.my. Tapi kalau ada yang dari Terengganu jangan risau, butik Haqqi berada di area Jakel Terengganu.


Jika ada sebarang pertanyaan boleh contact mereka di talian 03-5523 4798 ( Cawangan Shah Alam) atau email kepada info@haqqi.com.my




1 comments: