Cafe Baklava & Coklat di Lavand & Day Dreamer

Assalam. Bismillah.. Hai semua.

Siapa disini penggemar makanan manis. Haa.. bagi korang yang menggemari makanan manis atau nak mencuba makanan yang ringan, zati suggest korang pergi ke Lavand & Day Dreamer Cafe yang terletak di Bukit Damansara Kuala Lumpur.


Apa menu menarik di Lavand & Day Dreamer Cafe? Okay yang zati dapat cuba cadangkan kepada korang semua ialah pelbagai jenis coklat yang sedap. Memang sedap. Setiap coklat yang disajikan mesti disaluti oleh kurma dan juga pelbagai jenis kekacang.. Jasmeen dah huru hara tak tahu nak pilih yang mana. Hiasan mereka juga cantik. Memang sesuai kalau nak berikan sebagai hadiah.


Selain itu, kelebihan di Lavand & Day Dreamer Cafe ialah, kita boleh memilih peratusan coklat dan coffe  yang kita hendak. Kiranya macam home made la. Dia punye pure coklat tak dapat dinafikan.. Siapa penggemar coffe dan coklat, zati rasa korang akan suka dengan cafe ini.


Kalau ikutkan, cafe ini sudah dibuka  selama 14 tahun dan mempunyai 3 cawangan iaitu Lavand & Day Dreamer Cafe di Big Damansara City Mall, Jason Food Hall di BSC dan yang zati pergi ini adalah main central office iaitu di Bukit Damansara.


Sebut pasal Baklava, ini menu feveret jasmeen. Untuk mini baklava cheese jer, jasmeen makan hampir 5 biji. Ya ampun. Suka sangat nih. Ibu pon pening. huhu. Tapi zati suka yang manisan tu.. Sebab baklava yang disediakan oleh Lavand & Day Dreamer Cafe ni memang sedap. Terdiri daripada 40 lapisan yang dicampurkan bersama manisan dan juga kekacang. Bila makan je terus rasa kerapuhan dia. Walaupon makan bersepah, nikmat tu dapat dirasai.. hihi.


Lavand & Day Dreamer Cafe menyediakan hamper untuk dijadikan sebagai hadiah. Sangat comel dan exclusive. Berbaloi kalau korang dapatkan di Lavand & Day Dreamer Cafe, dah la sedap. Memang tak rugi. Okay la uols. Kalau nak order ke nak cuba ke, boleh hubungi details di bawah ini.


Lavan & Day Dreamer Cafe

46, Jalan Medan Setia 2
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments